Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, June 07, 2010

Bagaimana NKRA, KPI & Makmal membawa manfaat kepada negara?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong menyeru supaya Kerajaan Pusat menjelaskan dengan teliti bagaimana Indeks Prestasi Utama (KPI), Kawasan Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Makmal boleh membawa manfaat kepada negara.

Apakah peranan NKRA di dalam pertumbuhan ekonomi 10.1% suku tahun pertama 2010 atau pertambahan 1 juta penumpang Light Rail Transit (Transit Rel Ringan, LRT)?

Dr Tan menanya soalan tambahan ketika Tan Sri Koh Tzu Khoon menjawab soalan mengenai pencapaian NKRA dengan panjang lebar termasuk penjenayahan,pendidikan dan pertanian.

Di syarikat-syarikat korporat, KPI, NKRA dan Makmal sering ditonjolkan. Sejak 11 bulan yang lepas, Kerajaan Pusat Malaysia menggunakan indeks-indeks ini untuk meningkatkan prestasi di beberapa sektor. Jika prestasi dan hasil bertambah baik dengan NKRA dan KPI, maka syarikat-syarikat adalah maju. Bagaimana dengan Malaysia?

Misalnya, bilangan kes jenayah dikatakan sudah turun 40% pada suku tahun 2010 berbanding dengan tempoh yang sama 2009, penumpang LRT tambah 1 juta orang, pertumbuhan ekonomi 10.1% tersebut dan 716 sekolah ditaksirkan.

Rakyat masih berasa tidak senang dengan keadaan penjenayahan,bilangan warga yang masuk bandaraya melalui pengangkutan awam perlu ditambah dan keadaan perniagaan masih muram.

Kita mempunyai 7,643 sekolah rendah dan 2,165 sekolah menengah. Menteri tersebut mengatakan bilangan sekolah dipantau bukan 716 sekolah, sebenarnya 7,643 sekolah. Kita patut menggalakkan sekolah-sekolah yang bermutu sambil membantu sekolah-sekolah yang lain untuk meningkatkan standardnya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home