Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, April 20, 2010

Pelaksanaan Program IKS dengan lebih berkesan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi seruannya supaya memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan terhadap program-program pembangunan insustri atau enterpris kecil dan sederhana (IKS)diseluruh negara.

Pada 19.4.2010, Dr Tan berucap di dalam Dewan mengenai IKS ketika perbahasan bekalan tambahan Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa yang meminta RM350 juta diluluskn selepas ia digunakan untuk 17 program seperti pinjaman untuk latihan kemahiran. Timbalan Menteri YB Dato' Mukhriz menjawab. Beliau mengatakan bahawa kementerinnya menyusul kepada para peserta program-program tersebut.

IKS memainkan peranan yang penting dalam ekonomi. Syarikat-syarikat IKS merupakan 99.2% dari syarikat-syarikat yang terdaftar. Bancian Pertubuhan 2005 oleh Jabatan Statistik menunjukkan 548,267 syarikat IKS. Ia menyumbangkan 31.4% kepada Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) pada 2008. Kita memerlukan statistik terkini.

Pada 2009, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM2.68 bilion bagi program-program utama IKS. Kita haruslah menentukan peruntukan ini digunakan dengan tepat.

Bumi manusia sentisa mewujudkan jurang termasuk yang miskin dan yang kaya. Adalah perimustahaknya bagi kita untuk berikhtiar merapatkan jurang, tanpa mengira ras dan daerah. Ini memang diperlihatkan di IKS. Pelaksanaan dan susulan yang efektif mestilah diadakan.

Walaupun Mukhriz menyebutkan bahawa kementeriannya sudah membelanjakan RM226.6 juta untuk Skim Kluster Latihan Kemahiran Sumber Manusia;665 peserta telah dilatih dan sekian peratusan melanjutkan pelajaran, bekerja dengan syarikat dan membukakan syarikat sendiri. Susulan jangka panjang patutlah diadakan untuk mengetahui bilangan peserta progrom-program tersebut berjaya dan bilangan yang tidak dan cara-cara untuk mempertingkatkan keberkesanannya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home