Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, June 28, 2010

Lembaga Pendaftaran Lesen Kenderaan Perdagangan (LPLKP) haruslah adil bila mengeluarkan lesen teksi

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa LPLKP mestilah adil apabila mengeluarkan lesen teksi dan menggunakan cara-cara yang baik untuk melayan pemandu-pemandu teksi. sementara itu, Kerajaan perlu adil ketika mengadakan penguatkuasaan.

Sementara itu, persatuan-persatuan teksi dan ahli-ahlinya mestilah mengikut peraturan-peraturan dan Piagam Pelanggan, sambil memberi perkhidmatan yang elok kepada para penumpang.

Pada 26.6.2010, Dr Tan menghadiri majlis jamuan makan malam Persatuan Teksi Kepong.

Para pemandu teksi memberi sumbangan kepada masyarakat. Oleh itu, LPLKP, Jabatan Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna haruslah melayan persatuan-persatuan teksi dan ahli-ahlinya dengan baik.

Misalnya, ketika mengeluarkan lesen teksi, LPLKP patut menunjukkan akauntabiliti, tanpa sebarang unsur kronisme. Singapura mempunyai dua syarikat besar teksi yang dapat memelihara para pemandu teksi. Selepas bertahun-tahun, mengapa Malaysia masih tidak dapat melaksanakan dasar dan langkah yang lebih elok untuk para pemandu teksi?

Pihak berkuasa pernah mengatakan hasrat memberi 30% lesen kepada wanita. Pada tempoh hari, lesen baru dikeluarkan? 9.000 lesen? Bagaimana ianya diuruskan?

Lembaga Pelancong pernah menganjurkan kursus untuk para pemandu teksi. LPLKP dan Jabatan Pengangkutan mempunyai peraturan-peraturan untuk teksi, seperti penggunaan meter, tidak boleh mengenakan tambang yang lebih, tidak boleh menolak penumpang, perlu memakai seluar hitam, kasut hitam dan kemeja putih dan bersopan santun.Piagam Pelanggan menggalakkan perkhidmatan yang baik.

Saya percaya majoriti pamandu teksi mematuhi peraturan. Hanya segelintir yang tidak. Oleh itu, persatuan-persatuan teksi mempunyai tanggungjawab untuk memainkan peranan.

Selepas imej pemandu teksi ditingkatkan, para penumpang akan merasai. Ini adalah baik untuk semua.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home