Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, April 04, 2010

Senarai Pesalah Mendera Kanak-Kanak

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya Kerajaan Pusat mendaftar para pesalah yang mendera kanak-kanak sebagai Senarai Pesalah Mendera Kanak-Kanak (Child Offenders' List), melarang mereka dari merapatkan dengan kanak-kanak termasuk anak beranak sendiri.

Pada 4.4.2010, Dr Tan membuat syor tersebut kerana permasalahan penderaan dan pembunuhan kanak-kanak serta pembuangan bayi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, dari 2000 hingga 2009, dilaporkan 15,968 kes penderaan kanak-kanak. Dalam tempuh yang sama, polis mencatatkan 815 kes pembuangan bayi, 382 masih hidup dan 433 mati. Apakah bilangan yang tidak dilaporkan?

Kanak-kanak dan bayi tidak mempunyai undi. Orang-orang politik tidak menaikkan minat khas terhadap masalah sosial ini. Dari segi kemanusiaan, penderaan dan pembunuhan kanak-kanak serta pembuangan bayi adalah sangat serius.

Minggu lepas, kami mencadangkan supaya Pasukan Perlindugan Kanak-Kanak ditubuhkan di semua peringkat--polis, jabatan kebajikan dan hospital. Ahli-ahli pasukan itu mestilah ditapis dan dilatih agar mereka berupaya menangani kes-kes penderaan.

Bagi kes-kes yang dilapor dan disiasatkan, adalah sukar untuk memastikan bukti dan saksi. Selapas mahkamah menjatuhkan hukuman, para pesalah haruslah didaftar dan Senarai Pesalah Mendera Kanak-Kanak disimpan di balai polis, jabatan kebajikan dan hospital. Para pesalah wajib dilarang dari mendekati kanak-kanak, termasuk anak beranak sendiri.

Para pekerja yang kena-mengenai dengan kanak-kanak dan bayi mestilah ditapis oleh polis berasaskan Senarai Pesalah.

Kini, hospital, balai polis dan jabatan kebajikan dan sebagainya perlu meningkatkan kesedaran tentang penderaan dan pembunuhan kanak-kanak serta pembuangan bayi. Formula yang cocok dengan keadaan Malaysia patut dicari. Ini memerlukan sumber manusia, wang dan dedikasi.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home