Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, April 05, 2010

RM4.5j untuk kerangka, tiang dan padang rumput-rampai.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen DAP Dr Tan Seng Giaw meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) menjelaskan mengapa setelah membelanjakan RM4.5 juta untuk Projek Gelanggan Kereta Radio Antarabangsa, projek terbengkalai. Ia tinggal kerangka, tiang-tiang dan padang rumput-rampai.

Pada 4.4.2010,Dr Tan, rakan-rakan dan para penduduk melawat tapak projek gelanggang tersebut di satu sudut Taman Metropolitan Kepong.

Taman seluas 120 ekar itu merupakan yang terbesar di bawah DBKL. Para peminat layang-layang sering berkumpul di taman ini.

Pada awal 2007, DBKL melantik K Wisdom sebagai kontraktor projek. Seorang subkontraktor melaksanakannya. Kononnya, subkontraktor tidak mendapatkan wang. Maka, hanya pagar, kerangka bangunan dan tiang didirikan. Projek terbengkalai.

Pada 2009, pagar runtuh,kerangka dan tiang terbiar, rumput-rampai dan sisa pembinaan dengan nyamuk Aedes.

Sejak 21.8.2010, kami melawat tapak dan menyoal DBKL tentang projek terbengkalai ini. Kunjungan kami ke tapak itu diulangi pada 1.4.2008 dan 19.4.2009. Pada 4.12.2009, kami menimbulkan perkara ini semasa menemui Datuk Bandar. Pada 15.3.2010, Datuk Bandar mengatakan RM4.5juta telah dibelanjakan untuk projek itu. Kontraktor baru dilantik pada bulan Mac, 2010 dan kerja akan mengambil masa empat bulan. Setakat ini, kami belum nampak kerja bermula di tapak itu. Adakah RM5juta lagi diperlukan?

Adalah munasabah bagi DBKL untuk menerangkan sebab-musabab projek tersebut menghadapi masalah.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home