Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, March 31, 2010

Pastikan Guru Bahasa Malaysia (BM) Bertahap Tinggi.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya guru-guru Bahasa Malaysia (BM) dilatih sehingga mencapai tahap yang tinggi.

Dengan guru-guru BM yang baik, standard bahasa di kalangan pelajar akan meningkat.

Pada 31.3.2010, YB Ledang menanya darihal Bulan Bahasa Kebangsaan dan martabat BM di dalam Dewan. YB Timbalan Menteri Pelajaran menjawab.

Lazimnya, jawapannya adalah cerah meliputi Dewan Bahasa dan Pustaka, sokongan yang padu, rancangan yang sistematik, kerjasama yang erat, promosi dan publisiti yang hebat dan kahadiran yang ramai.

Rosak sama dibaiki,
Kurus sama ditambuni;
Cangkat sama didaki,
Lurah sama dituruni.

Pada keseluruhannya, standard BM perlu dipertingkatkan. Mutu buku-buku dan kelengkapan serta kemahiran guru mestilah diperbaiki, cocok dengan zaman moden.

Dari semasa ke semasa, saya menerima aduan mengenai kebolehan guru BM, khasnya di sekolah jenis kebangsaan Cina. Ada ibu bapa yang merayu agar guru BM ditukar.

Kita mempunyai 7,643 sekolah rendah dan 2,165 sekolah menengah di negara ini. Jumlah guru adalah 386,031. Terdapat guru-guru yang berdedikasi. Terdapat juga guru-guru yang kurang mahir, termasuk guru-guru BM.

Selain dari kegiatan seumpama Bulan Bahasa Kebangsaan, Kementerian Pelajaran patutlah menumpukan perhatian kepada usaha bagi melatih guru-guru BM sehingga mereka benar-benar mahir.

Sekiranya bilangan guru BM yang mahir dan berdedikasi bertambah, maka standard BM di negara ini akan menjadi lebih tinggi. Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar.
Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home