Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, March 21, 2010

Senarai kilang-kilang yang keluarkan karbon yang banyak

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP & Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan bilangan kilang di negara ini yang mengeluarkan karbon yang lebih selain daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kenderaan-kenderaan.

Kita berharap sasaran Kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran karbon sebanyak 40% pada 2020 dapat dicapai.

Pada 22.3.2010, Dr Tan merujuk kepada kenyataan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas ketika menjawab soalan Ahli Rembau Tuan Khairy Jamaluddin mengenai sasaran tersebut di Dewan Rakyat.

Tahun lepas, Persidangan Alam Sekitar Antarabangsa telah diadakan di Copenhagen, Denmark, yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia termasuk Obama dan Hu Jintao. Persetujuan yang tercapai adalah terhad. Salah satunya ialah sasaran tersebut.

Kerana faktor-fakor yang rumit termasuk gas-gas seperti karbon dioksida yang terlalu banyak, apa yang disebutkan sebagai Green House Gases(GHG), suhu bumi semakin hari semakin panas, sehingga iklim berubah dengan teruk dan air batu di Kutub-Kutub Utara dan Selatan berkurangan.

Malaysia bukan negara yang mengeluarkan karbon atau GHG dengan banyak. Yang terbanyaknya di dunia ialan negara-negara seumpama China dan Amerika Syarikat. Adalah munasabah jika negara ini boleh mencapai sasaran yang ditetapkan di Copenhagen.

Nampaknya, Kerajaan sudah mengeluarkan kerangka roadmap untuk mengurangkan GHG, termasuk penggunaan tenaga dengan cekap, tenaga yang boleh dipulih (renewable energy) dan pengurusan sisa pepejal dengan berkesan. Sumbangan TNB yang menggunakan gas dan arang batu adalah 26% dan pengangkutan 16% kepada karbon di atmosfera. Untuk jangka masa panjang, penggunaan tenaga nuklear,angin dan ombak perlu dipertimbangkan.

Selain daripada TNB, Kerajaan mestilah mempunyai senarai yang lengkap yang menunjukkan kilang-kilang yang mengeluarkan karbon dengan banyak di negara ini. Saya berharap senarai ini dapat diumumkan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home