Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Saturday, March 06, 2010

Laksana projek di KL termasuk Kepong

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan projek-projek yang diumumkan di KL termasuk di kawasan Kepong, misalnya persimpangan bertingkat di Taman Usahawan Batu 7 dan di Jinjang, Jalan Kepong, serta memperlebarkan Jalan Kepong Baru..

Pada 2007/2008 DBKL mengumumkan projek-projek tersebut. Kerana ekonomi tak baik, ianya telah ditangguhkan.

Kini, Kerajaan telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi untuk suku yang ke-4 2009 adalah 4.5%. Tahun ini, ia mungkin 6%. Memang ada yang mempertikaikan angka ini. Mereka menganggapkan keadaan ekonomi bukan begitu cerah.

Kependudukan dan bilangan rumah serta kereta sudah meningkat di sekitar Kepong. Memandangkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib melaungkan bahawa pertumbuhan ekonomi tahun ini adalah 6%, kami menyeru supaya projek-projek tersebut dilaksanakan dengan cepat, agar masalah kesesakan lalulintas dapat diatasi.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home