Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, November 17, 2009

YAB mempengerusikan mesyuarat ICU setiap minggu?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw hendak mengetahui bagaimana YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mempengerusikan Unit Pneyelarasan Pelaksanaan (ICU) setiap minggu seperti yang dijanjikan.

ICU adalah agensi yang dikatakan unggul di Jabatan Perdana Menteri yang menentukan pengurusan dan pelaksanaan tugas-tugas khas dan projek di bawah peruntukan khas, projek penyelenggaraan infrastruktur awam dan infrastruktur asas teratur dan berkesan serta memastikan pelaksanaan mesyuarat jentera penyelarasan pelaksanaan. Pada tahun 2010, peruntukan bagi ICU ialah RM422 juta.

Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2010 peringkat jawatankuasa untuk Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM12.2 bilion.

Pada tempoh hari, Perdana Menteri mengatakan beliau hendak mempengerusikan ICU dan unit pengurusan untuk melihatkan pelaksanaan projek-projek yang terkandung di dalam Bajet 2010.

Memang, rakyat mengkhuatirkan kemampuan Kerajaan Pusat melaksanakan projek-projek dengan sempurna. Misalnya, ketelusan pelaksanaan projek-projek di bawah dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion dipersoalkan.

Minggu lepas, Najib menghadiri Persidngan APEC di Singapura. Tugasnya adalah sangat sibuk. Orang ramai sedang tunggu untuk menyaksikan setakat mana beliau boleh mempengerusikan mesyuarat ICU bagi menjayakan projek-projek.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home