Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, November 03, 2009

Mengatasi ketirisan jabatan kerajaan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Dr Tan Seng Giaw memberi peringatan kepada Kerajaan supaya mengambil tindakan yang efektif terhadap pegawai-pegawai yang terlibat dengan ketirisan di jabatan-jabatan kerajaan.

Pasukan Petugas Khas Kabinet untuk menangani ketirisan di dalam Laporan Ketua Audit Negara adalah pasukan yang pertama tentang masalah ini. Semoga ia benar-benar bertugas untuk menangani masalah ini.

Pada 2.11.2009, Dr Tan menyentuh perkara ini di dalam Dewan Rakyat.

Mengatasi ketirisan

Setiap tahun laporan ketua audit negara menunjukkan ketirisan berbilion ringgit. Pada tahun 2008, pelbagai perbelanjaan oleh jabatan-jabatan memaparkan angka yang memeranjatkan. Misalnya, kos Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh adalah RM4.34 bln. Penyediaannya seperti reka bentuk adalah lewat 70 hingga 237 hari. Keretapi elektrik dijangka mempunyai kelajuan 160 km sejam. Tetapi, yang didapatinya ialah keretapi disel dengan kelajuan 80 km sejam.

Pasukan petugas

Pasukan Pertugas untuk mengatasi kecurangan Kementerian Pengangkutan telah menubuhkan tiga pasukan petugas untuk menangani masalah skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Kalau pasukan ini tidak bertugas, maka masalah tidak dapat diatasi. Kabinet mengadakan satu pasukan petugas khas lagi untuk PKFZ. Kita tunggu untuk melihat hasil dari pasukan-pasukan ini.

Setiap tahun Ketua Audit Negara mengemukakan laporan audit yang membongkarkan kelemahan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Sejak tahun 1982, saya menyeru supaya tindakan diambil terhadap sesiapa yang melakukan kecurangan. Tindakan susulan adalah kurang. Pada 29.10.2009, Kabinet memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pasukan Khas yang diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dan dianggotai oleh Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Tan Sri Ismail Adam dan Tan Sri Ambrin Buang. Ini adalah kali yang pertama langkah seperti ini diambil. Mudah-mudahan pasukan ia dapat memainkan peranan yang efektif.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home