Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, October 19, 2009

Pastikan 1 Malaysia dilaksanakan, bukan hanya melepaskan batuk di tangga.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memastikan gagasan 1 Malaysia dilaksanakan dengan sebenarnya, bukan hanya melepaskan batuk di tangga sahaja.

Gagasan yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tun Mahathir sebagai Bangsa Malaysia yang mirip ke Malaysian Malaysia.

Melepaskan batuk di tangga mengenai 1 Malaysia merupakan salah satu kekhuatiran terhadap membawa Malaysia menjadi satu.

Pada 19.10.2009, Najib menjawab soalan di Parlimen tentang 1 Malaysia dengan panjang lebar. Dr Tan menumpukan perhatian kepada jawapan itu.

Beliau menyentuh lapan nilai, rakyat didahulukan, prestasidiutamakan,indeks prestasi utama (KPI) dan tempat hasil utama nasional(NKRA).

Najib menekankan bahawa apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Nilai-nilai bersejagat adalah: penerimaan, kebudayaan keunggulan, pendidikan, kerendahan hati, keutuhan, kesetiaan, meritokrasi dan ketabahan (acceptance, culture of excellence, education, humility,integrity, loyalty, meritocracy and perseverance.)

Jika nilai-nilai ini diamalkan oleh orang-orang Malaysia, ia adalah baik. Perdana Menteri mestilah menunjukkan kepimpinan melalui teladan. Sebaliknya, kita menyeru supaya Najib menentukan 1 Malaysia bukan hanya untuk melepaskan batuk di tangga sahaja.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home