Perlu tindakan berkesan menyelesai skandal PKFZ
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong mendesak supaya Kerajaan Pusat mengambil tindakan yang berkesan untuk mengatasi skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), termasuk menghadapkan orang-orang yang terlibat ke mahkamah.
Dr Tan membuat desakan ini ketika Konvensyen DAP Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, pada 4.10.2009.
Adalah konsep yang baik untuk mewujudkan zon bebas di sebelah Pelabuhan Klang. Hasilnya boleh diangkut ke seluruh dunia dengan lebih cepat dan senang.
Pada 20.9.2001, Perbendaharaan memberi notis bahawa tanah 1,000 ekar di Pulau Indah diambil alih pada RM10 kaki persegi. Pada 6.11.2002, Jemaah Menteri memutuskan bahawa tanah itu dibeli pada RM25 kaki persegi. Pada 23.10.2002, Jemaah itu bersetuju bahawa Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) menambun tanah dan mengadakan prasarana, tetapi tidak dilantik sebagai pemaju dan kontraktor. Lembaga Pelabuhan Klang(LPK)lah yang berbuat demikian.
Kos PKFZ melambung dari RM400 juta kepada RM2.25 bilion, kemudian RM4.5 bilion. Jika tidak ada tindakan yang efektif, maka ia boleh meningkat ke RM12.5 bilion.
Dari Jemaah Menteri ke LPK, peraturan kewangan seolah-olah tidak timbul. Orang-orang yang terbabit berlaku mengikut kehendak. Perdana Menteri semasa itu Tun Mahathir setuju dengan konsep PKFZ. Orang-orang yang berkenaan bertindak menurut cara persendirian.
Pada 1983, meletupnya skandal Bank Bumiputera Fiance(BMF) RM2.5 bilion dan pada 1966 skandal PERWAJA. Di mahkamah Hong Kong dan British, orang-orang yang terlibat dengan BMF dibicarakan. Tetapi, tidak ada seorangpun dihadap ke mahkamah Malaysia.
Dengan Satu Malaysia dan rakyat diutamakan yang dipaparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib, kita hendak menyaksikan langkah yang bererti. Kementerin Pengangkutan dan Jemaah Menteri masing-masing menubuhkan pasukan petugas khas untuk PKFZ. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat PKFZ. Semoga Kerajaan Pusat mengadakan tindakan yang berkesan termasuk membawa orang-orang yang terbabit ke muka keadilan.
Dr Tan Seng Giaw
0 Comments:
Post a Comment
<< Home