Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, October 07, 2009

Dasar carbon neutral bagi penggunaan tenaga

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Perlimen Kepong meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan dasar tenaga yang berteraskan 'carbon neutral' bagi jangka panjang.

Pada 7.10.2009, Dr Tan membaca pendapat Perdana Menteri mengenai tenaga nuklear. Semalam beliau mengatakan bahawa ia merupakan satu pilihan jangka panjang dan sesuatu yang tidak mudah dilaksanakan.

Malaysia bukan negara yang menyumbang banyak kepada perubahan iklim yang dijejaskan oleh pengeluaran gas seperti karbon dioksida di bumi. Pengeluar karbon yang paling banyaknya ialah Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah. Negara-negara maju menyumbang hampir 80% karbon di bumi.

Apa yang menarik perhatian adalah konsep imbangan yang betul dalam penggunaan bahan bakar yang disebutkan oleh Najib. Kita bergantung kepada arang batu dan gas yang menyebabkan karbon.

Kita hendak mengetahui bagaimana Malaysia meningkatkan penggunaan hidro dan lain tenaga yang boleh dibaharui semacam mentari.

Baru-baru ini, Perdana Menteri berucap di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perubahan iklim. Negara China mempunyai dasar yang lebih nyata mengenai usaha untuk mengurangkan karbon. Inipun tidak mencukupi. Negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom perlu dasar yang lebih ketara.

Dasar tenaga negara haruslah dikaji secara menyeluruh. Bilakah pembakaran arang batu dan gas akan dikurangkan? Arang batu dan gas merupakan bahan yang lebih murah berbanding dengan pelabuhan untuk tenaga mentari dan angin atau ombak. Teknologi untuk nuklear adalah mahal; kita kena import bahan uranium dan teknologinya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home