Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, October 15, 2009

Apakah rancangan jangka panjang Najib untuk menunjukkan Umno bukan parti perkauman (rasis)?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rancangan jangka panjang untuk berubah iklim politik negara termasuk Umno daripada konsep parti perkauman (rasis) kepada parti pelbagai kaum.

Dr Tan menyedari bahawa pada 15.10.2009 Najib telah memberi peringatan kepada pihak yang semberono menuduh UMNO sebagai parti perkauman supaya terlebih dulu mencermin diri secara ikhlas.

Kita mengambil perhatian apa yang terkandung di dalam ucapan sulung Najib sebagai Presiden pada Perhimpunan Agung Umno ke-60 di Kuala Lumpur.

Tegas Perdana Menteri, pihak terbabit harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri dan jangan terlalu angkuh mengaku konon merekalah parti pelbagai kaum yang paling bermoral dan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini.

Semua parti termasuk DAP perlu mengkaji bagaimana kita dapat mengamalkan parti politik pelbagai kaum cocok dengan kehendak semasa.

Pemimpin-pemimpin Umno seperti Allahyarham-Allahyarham Dato' Onn Jaafar dan Tun Dr Ismail adalah cenderung kepada politik pelbagai kaum. Tetapi, di dalam 63 tahun ini ada para pemimpin Umno yang asyik membangkitkan isu-isu perkauman. Parti-parti yang lain juga kadangkala mengikut jejak ini. Isu-isu pelampau termasuk agama dan perkauman akan merosakkan msyarakat majmuk.

Apabila seorang pemimpin berucap di depan perhimpunan yang terdiri dari satu kaum, beliau mungkin membangkitkan perkara-perkara yang disahut baik oleh kaum itu. Sama ada beliau memegang kepada prinsip pelbagai kaum, terserah kepada amalan dan idealismenya.

Semua kaum mempunyai gejala yang baik dan yang buruk. Kesultanan Melaka mempunyai konsep pelbagai kaum; ia juga memperolehi unsur-unsur yang buruk seperti rasuah dan kebendaan yang akhirnya memusnahkan pemerintahan itu.

Yang hendak kita saksikan ialah Najib menggubalkan rancangan jangka panjang untuk mengikiskan unsur perkauman termasuk di dalam Umno. Semoga janji beliau dikotakan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home