Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, November 08, 2009

Atasi masalah geran strata

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak supaya Kerajaan Pusat berikhtiar untuk menyelesaikan permasalahan gera strata di seluruh negara seperti kira-kira 1,000 unit di Pusat Kepong yang menghadapi ketiadan geran lebih-kurang 18 tahun.

Kita mengikuti syor Kerajaan untuk menangani projek-projek perumahan terbengkalai. Sementara itu, kita mengharapkan pihaknya juga menumpukan perhatian kepada masalah perumahan yang lain semacam geran strata.

Pada 8.11.2009, Dr Tan berjumpa dengan para penduduk di Pusat Kepong mengenai ketiadaan geran strata, yang merupakan masalah seluruh negara.

Berapa tahun ini, Malaysia menghadapi kesulitan sesetengah projek-projek perumahan. Bajet 2010 mengakui bahawa terdapat 148 projek terbengkalai, yang melibatkan 49,913 unit dan 31,824 pembeli. Di antaranya, masih ada 87 projek yang kerjanya belum dimula semula., termasuk 41 projek rumah kos rendah. Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi mengatasi projek-projek ini. Diharapkan yang terbengkalai dapat dipulihkan.

Selain dari projek terbengkalai, Kerajaan mestilah mewujudkan strategi yang berkesan untuk menangani masalah geran strata. Perbuatan ini akan menunjukkan setakat mana pihak berkuasa dapat mengurangkan kesusahan rakyat. Pemaju Pusat MBF tidak ada lagi; ia diambil alih oleh Danaharta. Tetapi, masalah geran strata berterusan.

Lebih dua tahun yang lepas, Kerajaan telah meminda beberapa akta berkaitan dengan perumahan. Penguatkuasaan undang-undang ini masih belum menunjukkan kesannya terhadap masalah seumpama geran strata.

Kami akan berhubung dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Tanah dan Galian untuk mengatasi masalah geran strata.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home