Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, November 03, 2009

Meningkatkan disiplin kewangan fiskal bajet 2010

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong menyeru supaya Kerajaan Pusat mempertingkatkan disiplin kewangan fiskal dan memastikan perbelanjaan yang produktif.

Kita wajar berikhtiar untuk menambahkan penyertaan wanita di pelbagai bidang dan meningkatkan kebebasan media ( ini tidak termasuk berita agama, bangsa dan lain-lain benda pelampau yang boleh menimbulkan porak-perandaan negara).

Pada 2.11.2009, Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan Bajet 2010.

Bajet 2010 mempunyai banyak syor dan sebutan yang manis belaka. Semoga semua dapat dilaksanakan.

Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai; perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya.

Malaysia sedang menghadapi perubahan politik, ekonomi dan iklim. Perubahan dunia telah menjejaskan negara ini. Kemerosotan ekonomi dunia masih mendatangkan kesan ke atas ekonomi negara ini.

Yang membimbangkan ialah defisit bajet 12 tahun berturut-turut. Kita mestilah jaga kesejahteraan rakyat. Sementara itu, kita haruslah berikhtiar untuk mengurangkan defisit ini.

Tahun 2009, defisit meningkat ke 7.4% dan tahun 2010 dianggarkan 5.6%. Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion berbanding dengan RM207.9 bilion 2009, kurang RM6.4 bilion. Nampak ada usaha untuk mengurangkan defisit. Tetapi, ia tidak mencukupi. Kita memerlukan rancangan yang berkesan untuk mengurangkannya.

IMF telah menetapkan defisit tidak boleh lebih daripada 5%. Kita tidak boleh meniru Jepun dan Amerika Syarikat yang merupakan ekonomi dunia kedua dan pertama masing-masing. Mereka mengalami defisit bertahun-tahun, tetapi kadar pendapatan per seorangan Jepun tidak turun.

Dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion. Setakat ini, yang diketahui hanya kurang daripada RM10 bilion telah dibelanjakan. Adalah jelas bahawa kita perlu perbelanjaan produktif.

Hutang dalam negeri meningkat ke 52.4% berjumlah RMRM 362.6 billion; hutang luar negara turun ke RM 13.9 bilion. Jika hutang meningkat, penarafan kredit akan naik, kadar faedah melambung. Ini memberi tekanan kepada inflasi.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home