Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, November 19, 2009

Harus pantau orang asing yang menyalahgunakan visa pelajar

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong mendesak Kerajaan Pusat supaya memantau dengan berkesan orang-orang asing yang menyalahgunakan visa pelajar.

Saya setuju dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengatakan bahawa pemantauan perlu dibuat mulai hari pertama mereka mendaftar masuk hingga tamat pengajian.

Dr Tan mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi mengenai tindakan yang mesti diambil untuk memastikan hanya pelajar-pelajar yang trulen dibenar masuk ke Malaysia.

Negara kita mengalu-alukan pelajar asing terutamanya untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS). Tetapi, ada pelajar termasuk dari Afrika yang menyalahgunakan visa untuk kegiatan yang lain. Ada yang menggunakan Malaysia sebagai batu loncatan untuk memergi ke Amerika Syarikat.

Kita boleh lihat kedatangan orang-orang asing termasuk dari benua Afrika di bandaraya kita khasnya di Kuala Lumpur. Misalnya, orang-orang Afrika berkumpul di sesetengah tempat di Kepong, misalnya di Metro Prima dan Taman Usahawan, Batu 7, Jalan Kepong termasuk kedai kopi yang dikendalikan oleh mereka. Jika budi pekertinya tidak serupa dengan rakyat tempatan, itu bukan asas untuk mengesyaki kegiatan mereka. Tapi, Kerajaan patut menenguk sama ada mereka ini benar-benar pelajar.

Apabila orang-orang Afrika memasuki gelanggang bola sepak di Metro Prima, rakyat tempatan cuba mengelakkan mereka. Saya berharap ini bukan kerana perbezaan warna kulit semata-mata.

Selain daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Dalam Negara memain peranan yang terpenting untuk mengawal kegiatan orang-orang asing yang memegang visa pelajar. Ada media yang menyebutkan bahawa Menteri Dalam Negera, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menubuhkan satu pasukan khas melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Semoga pasukan khas ini berfungsi dengan efektif.

Di mana-mana negara yang terdapat pendatang sama ada dengan izin atau tanpa izin, masalah timbul semacam penjenayahan. Kita perlu kawalan yang ketat.

Saya pernah membangkit hal pendatang termasuk dari Afrika di Dewan Rakyat. Jawapan dari Kerajaan ialah keadaannya adalah terkawal.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home