Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, February 25, 2009

Politik bakti, ilmu, integriti dan hikmah.

Saya bangun untuk menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia ini dengan perasaan bimbang kerana pergolakan politik negara ketika kemelut ekonomi akibat tsunami kewangan yang bermula di Amerika Syarikat. DYMM bermula dengan 16 perenggan yang kena-mengenai dengan kelembapan ekonomi. Ini adalah peri mustahaknya. Rakyat haruslah menumpukan perhatian terhadap kelembapan ekonomi dan cara-cara bagi mengurangkan kesannya.

Sambil menyebutkan pakej rangsangan ekonomi, YAB Timbalan Perdana Menteri (YAB TPM) mengepalai rancangan dwi kerajaan di Perak Darul Ridzuan yang menjadi Perak Darul Zalim. Kesah panjang (Perak Saga) yang meliputi tiga wakil Pakatan Rakyat (PR) yang melompat, dua darinya sedang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah mewujudkan keadaan yang rumit. DYMM Sultan Perak melantik Menteri Besar Barisan Nasional (BN) dan menolakkan cadangan untuk membubarkan Dewan UndanganNegeri. Maka wujudlah dwi kerajaan: MB (PR) dan MB (BN) serta Exco PR dan Exco BN.

Negarawan

Kita mengamalkan kedaulatan undang-undang. Terserahlah kepada mahkamah untuk membicara dan membuat keputusan kes-kes Perak Saga, jika boleh. Tindakan YAB TPM bukan bersifat negarawan.

YAB Perdana Menteri mestilah merupakan seorang negarawan yang mewakili rakyat keseluruhannya. Beliau bukan PM untuk sebarang kaum atau untuk sebarang parti. Menteri yang Perdana juga mewakili DAP. YAB Timbalan PM yang akan menjadi PM haruslah bersifat negarawan.

Pakej Rangsangan Ekonomi

Pada akhir tahun lepas YAB TPM membangkitkan pakej rangsangan ekonomi dengan gopah-gapah di Dewan. Sama ada pakej RM 7 bilion ini berkesan atau sampai kepada sasaran belum diketahui. Berapa peratuskah telah dibelanjakan? YAB patutlah memberitahu apakah jenis rangsangan yang diharapkan. Mengikut jadual, pakej yang kedua RM 10 bilion akan dibentangkan pada 10 Mac, 2009. Saya berharap YAB dapat memberi maklumat yang lengkap bagaimana kita boleh merangsang ekonomi.

Budaya nilai murni

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Kita menyedari wujudnya kebudayaan Eropah terutamanya British, kebudayaan Amerika Syarikat, kebudayaan China, kebudayaan India, dan kebudayaan Arab, masing-masing mempunyai keisitimewaannya. DYMMbertitah agar kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara. Saya setuju.

Sejak kemerdekaannya, nilai-nilai murni terus diajar di sekolah, di masjid, di kuil dan digereja. YAB PM menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) yang cuba menyemaikan semangat dan nilai keutuhan di kalangan masyarakat. Ada yang mengatakan ini omongan sahaja (bicara, cakap atau kecek sahaja). Ada yang menyokong IIM. Kita mestilah bersama-sama menjayakan IIM. YAB TPM menghadiri majlis perasmian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 24 Mac, 2009 di PWTC. Beliau menyokong SPRM. Kita haruslah menjayakan IIM dan SPRM.

Rakyat semakin hari semakin sedar tentang politik perkauman, politik dwi kerajaan, politik wang, politik cantas-mencantas, politik cepat kaya, politik kronisme, politik nepotisme, politik payung terjun, politik ampu, politik fitnah dan sebagainya. Kita haruslah berusaha menggantikan politik-politik yang buruk ini dengan politik integriti, politik ilmu, politik bakti dan politik hikmah.

Kita menggalakkan rakyat semua kaum menjadi maju dan kaya. setalah mencapai kemajuan dan kekayaan, apakah tujuannya? Ia patutlah meliputi pembinaan masyarakat, medidiki dan membantu masyarakat. DYMM bertitah mengenai amat pentingnya modal insan yang berkualiti. Ini memang syor yang terbaik. Saya berpendapat bahawa setakat menekankan ekonomi, pertanian, perdagangan, perindustrian dan sebagainya belum mencukupi. DYMM menyentuh kualiti insan. Ini sama pentingnya. Kita hendak orang Malaysia maju dan kaya. Tetapi, setelah menjadi kaya dan maju, apakah hendak mereka buat? Mereka mestilah membantu masyarakat. Di dalam perniagaan dan perdagangan, bukan sahaja motifnya keuntungan, nilai-nilai seperti kebaktian perlu dipupukkan.

Kayu cendana di atas batu,
Sudah diikat dibawa pulang;
Adat di dunia memang begitu,
Benda buruk memang terbuang.

Kemiskinan dan Kelaparan

Mengikut garis kemiskinan US$1.50 sehari, 1.4 bilion orang hidup di bawah garis ini dan 75% darinya ialah di luar bandar. Kadar kemiskinankanak-kanak dan para pemuda adalah 25% lebih tinggi dari purata kependudukannya.

Di China, kadar kemiskinan telah turun dari 85% ke 15.9% iaitu 600juta orang. Tetapi, di seluruh dunia penurunan ini adalah hanya kira-kira 10%. Satu bilion orang di dunia menghadapi kelapran dan kekurangan zat makanan (malnutrition). Lebih 9 juta orang mati didunia setiap tahun kerana kelaparan dan malnutrition, 5 juta darinya ialah kanak-kanak.

Kita adalah lebih bertuah. Di Malaysia kadar kemiskinan telah jatuh dari 89.9% pada 1956 ke 13% sekarang. Angka ini mestilah dikaji semula untuk memastikan ianya membayangkan keadaan yang sebenarnya. Kadar kemiskinan di kalangan 150,000 orang asli adalah 76.9%. Kadar ini asih tinggi di Sabah dan Sarawak. Kadar di bandar yang dianggarkan 20,000 orang miskin mungkin meningkat akibat kelembapan ekonomi.

HIV/AIDS, diskriminasi terhadap wanita, kekurangan kesihatan, sistem pengedaran and kemudahan asas dan sebagainya terus menjadi faktor-faktor kemiskinan dan kelaparan.
Kita melaksanakan beberapa program untuk mencegah kemiskinan dankelaparan seperti program makanan sekolah sejak 1983.

Malaysia has implemented the supplementary food programme since 1983. In 2008, the Government allocated RM249.8 million for the programmeincluding the RM26.6 million for school milk programme. There are gaps and leakages. How do we manage these gaps and leakages?

We continue to invest in agricultural infrastructure and strengthen the public distribution systems. We need to deal with the gaps and the leaks.

We shall consult our legal experts on the legislations that we have not yet had concerning poverty, hunger and women's empowerment.

Kita perlu mengkaji undang-undang yang sedia ada mengenai kemiskinan dan kelaparan serta diskriminasi terhadap wanita termasuk setakat mana syor-syor CEDAW dapat dijayakan. Langkah-langkah mencegah dan menguruskan HIV/AIDS haruslah dipertingkatkan. Kementerian-kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Wanita patutlah memberitahu Dewan ini mengenai tahap keberkesanan pelaksanaannya tentang perkara-perkara tersebut.

Pencegahan janayah

Walaupun Kerajaan mengambil berat mengenai isu ketenteraman awam dan keselamatan dalam negara, usaha perlu dipertingkatkan. Memang masih ada yang mempunyai persepsi negatif mengenai isu jenayah di negara ini seolah-olah ia tidak terkawal. Menurut Menteri Dalam Negara Indeks jenayah bagi tahun 2008 adalah 311,645 kes, berbanding dengan 209,582 kes pada 2007, iaitu peningkatan 2,063 atau 0.98%. Jenayah kekerasan meningkat 7.56% walhal jenayah harta benda menurun -0.34%.

Indeks jenayah di Kuala Lumpur dan Daerah Kepong menurun sebanyak3.51% dan 4.10% masing-masing. Daerah Jinjang mencatatkan kenaikan 4.53% indeks jenayah. Walaupun di Kepong indeks ada turun sedikit, tetapi bagi mangsa-mangsa khasnya yang cedera seumpama di Kepong Baru, masalah tentu buruk. Kelembapan ekonomi akan menyebabkan kadar kemiskinan dan jenayah bertambah buruk.

Adalah wajib bagi melaksanakan pengambilan lebih ramai anggota polis yang berkualiti, menambahkan kemudahan dan mencari cara-cara untuk penyertaan rakyat bagi ketenteraman dan keselamatan.

Kekalkan keyakinan terhadap ekonomi

DYMM bertitah mengenai kadar pertumbuhan ekonomi 5% untuk 2008, tetapi tidak ada anggaran bagi 2009. Dengan kemerosotan di dunia, Malaysia akan terus terjejas. Keadaan di negara ini tidak seburuk Singapura kerana sejak 1997 dengan pelaksanaan Financial Master Plan, ekonomi Malaysia tidak begitu terdedah kepada keadaan di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, kita hendak mengetahui cara-cara Kerajaan hendak mengekalkan keyakinan (confidence) terhadap perbankan dan ekonomi negara ini. Kita mahu Kerajaan memberitahu tentang rizab, capital outflow, exchange rate, monetary policy and interest rate.

Dengan adanya had masa, saya tidak dapat membangkitkan beberapa isu lagi, termasuk pendidikan.

Sambil berjalan mengutip maman,
Maman tumbuh di tepi paya;
Bagai faedah rakyat sekalian,
Untuk hidup aman sentosa.

Dr Tan Seng Giaw

2 Comments:

At 6:15 PM, Blogger Arya Taraye said...

sia sia juga malaysia di asia

kaum angkasa juga dikatakan kosong

sami cina ini tidak ada rahsia

nasihat terbaik bukanlah bohong

 
At 9:22 AM, Blogger KoOnG said...

陈胜尧博士:

请问什么时候可以帮忙修补位于甲洞卫星市JALAN ANTOI KANAN DUA, KEPONG BARU.的篮球场呢???
本人在2008年尾时已经去过陈博士在于JINJANG的办公社。也向陈博士的秘书讲解当地篮球场情形如何毁坏等等问题。
秘书先生也有电话联络我说DBKL会尽快修理该篮球场。但是到了现在什么消息也没有,我本人也没办法联络陈博士你。只在报上看见陈博士的新闻而已,没办法见陈博士你一面。。

如陈博士你有时间的话,希望你亲自到位于甲洞卫星市JALAN ANTOI KANAN DUA, KEPONG BARU.的篮球场观察一下如何毁坏。

希望陈博士会关注我小小市民的反应
在这我也写上电话号码以方便联络,(如有需要)
012-320-7146
KOONG

谢谢

 

Post a Comment

<< Home