Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, February 18, 2009

Police mesti menyiasat kes gambar bogel Elizabeth dengan capa

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya polis mempertingkatkan siasatan terhadap kes Elizabeth Wong. Gambar bogel beliau di atas katil telah diedarkan tanpa izinnya.

Kita patut menghormati privasinya di dalam rumah sendiri. Orang-orang terlibat dengan pengedaran gambar tersebut haruslah ditahan dan dihadap ke mahkamah.

Pada tempoh hari, kes ini telah disiarkan dalam Internet, akhbar, radio dan televisyen. Ini telah menimbulkan kucar-kacir. Kita bersimpati dengannya. Beliau adalah seorang mangsa. Beliau telah membuat laporan polis.

Beliau menawarkan hasrat untuk meletakkan jawatan seperti EXCO dan ADUN di Selangor. Ramai yang mempercayai bahawa beliau tidak perlu letak jawatan. Beliau mestilah mempertimbangkan pendapat awam.

Polis haruslah mempertambahkan usaha untuk menyiasat kes tersebut sehingga kita mendapat kebenarannya. Yang bersalah patut dihadapkan ke mahkamah.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home