Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, December 04, 2008

Kaji hubungan rakyat semua kaum dari sekolah kebangsaan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengkaji dengan teliti tahap integrasi kalangan pelajar pelbagai kaum dari sekolah-sekolah kebangsaan, misalnya, sejak tahun 1970.

Dalam 38 tahun ini, apakah hubungan di antara rakyat semua kaum yang datang dari sekolah kebangsaan?

Perpaduan negara berteraskan kepada pelbagai faktor. Kini, terdapat lebih 70,000 murid bukan Cina di SJK(C). Apakah kedudukan perpaduan di kalangan bekas pelajar sekolah-sekolah ini?

Dr Tan membuat komen ke atas pendapat Hisham bahawa pandangan Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir bukan hasutan. Pada 1 Disember, 2008, Mukhriz menyebut di dalam Dewan Rakyat bahawa sekolah-sekolah semua aliran mestilah ditaja bawah satu sistem pendidikan.

Mukhriz bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Umno pada Mac, 2009; ini adalah perebutan tiga penjuru.

Hisham menegaskan bahawa dakwaan tentang kenyataan Mukhriz sebagai perkauman adalah tidak berasas sama sekali. "Yang dianggap sempurnanya, kerajaan hendak melihat satu sistem pendidikan, tetapi sebelum ini boleh menjadi kenyataan, ia terpaksa mempertimbangkan beberapa faktor dahulu, ujarnya.

Menteri Pelajaran itu mengatakan bahawa wujudnya 5,831 buah sekolah kebangsaan dan 1,827 buah sekolah bantuan kerajaan yang terdiri dari 889 buah sekolah Cina, 374 buah sekolah Tamil, 410 buah sekolah mubaligh dan 154 sekolah agama bantuan kerajaan.

Semoga Hisham mengadakan kajian yang teliti terhadap hubungan kaum di kalangan rakyat dari sekolah-sekolah kebangsaan dan juga golongan pelbagai kaum dari sekolah-sekolah Cina. Selagi faktor-faktor seperti dasar yang dipandang tidak adil belum diatasi, tahap perpaduan negara dan integrasi yang lebih tinggi tidak akan tercapai.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home