Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, December 23, 2008

Polis perlu tingkatkan langkah terhadap penjenayah

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Pasukan Polis Diraja (PDRM) supaya memperbaiki langkah-langkah untuk mencegah kegiatan jenayah seperti rompakan, pencurian, ragut dan lain-lain bagi memelihara rakyat.

Sementara itu, orang ramai mestilah bekerjasama memerangi penjenayahan.

Dr Tan mengeluarkan kenyataan terhadap keselamatan rakyat pada 24.12.2008, menjelang Hari Krismas, selepas menerima aduan tentang beberapa kejadian perompakan termasuk di Jinjang Utara semalam.

Malaysia menghadapi masalah kekurangan keamanan. Di seluruh negara, kadar jenayah serius meningkat. Orang ramai berasa tidak senang. Tahun depan, kemelut ekonomi akan bertambah buruk. Ini besar kemungkinan diikuti dengan kes jenayah yang lebih banyak. Semalam, perompakan berlaku di beberapa buah rumah di Jinjang Utara. Polis menahan seorang perompak keturunan Cina.

Kami telah berhubung dengan Ketua Polis Daerah Sentul. Kami akan menemui beliau dan pegawai-pegawainya minggu depan untuk membincangkan bagaimana rakyat dan polis boleh bekerjasama untuk menentang penjenayahan.

Kami sering membahaskan masalah penjenayahan di Dewan Rakyat agar Kerajaan adalah lebih sedar dan lebih bersedia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Apabila para penduduk seperti di Kepong Baru menperingatkan polis mengenai jenayah di kawasannya, anggota polis betambah di kawasan berkenaan dan kegiatan jenayah dinampak kurang. Tetapi, jenayah dipindah ke kawasan lain. Kemudian, polis mengalih perhatian ke kawasan lain, lalu jenyah kembali ke Kepong Baru.

Kependudukan Malaysia adalah 25 juta. Kononnya, bagi setiap 100,000 orang, terdapat 161 orang tahanan kerana melakukan jenayah. Keadaan jenayah memang tidak baik. Diharapkan Kerajaan boleh mengumumkan kadar jenayah yang sebenarnya.

Adanya banyak sebab terjadi jenayah, termasuk pengangguran, kecuaian ibu-bapa dan pendatang. Orang awam haruslah mengamati sebab-musabab penjenayahan.

Tanggungjawab PDRM adalah berat. Kini, pasukan itu mempunyai kira-kira 80,000 anggota atau disebutkan sebagai 90,000. Ia mungkin kurang berupaya menangani segala-segalanya. Semoga ia dapat mencapai 150,000 pada 2012. Dalam pada itu, ia mestilah mencari langkah-langkah yang berkesan untuk memerangi para penjenayah, bagi kesejahteraan orang ramai.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home