Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, December 22, 2008

Kabinet perlu menangguh kenaikan kadar tol 8 lebuhraya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kabinet Kerajaan Persekutuan menangguhkan keputusan untuk membenarkan lapan lebuhraya menaikkan kadar tol 10% mulai 1 Januari, 2009, kerana kemelut ekonomi akan bertambah buruk.

Dr Tan membuat seruan ini pada 23.12.2008 memandangkan para pemegang konsesi lebuhraya berura-ura hendak menaikkan kadar tol.

Kononnya, lapan lebuhraya mengesyorkan kenaikan kadar tol 10% pada 1.1.2008. Disebabkan beberapa faktor terutamanya pilihanraya umum pada 8 Mac, 2008, kenaikan ini telah ditundakan. Kerajaan terpaksa membayar pampasan RM 350 juta. Kita berharap Kerajaan dapat mengesahkan sama ada jumlah bayarannya serta lebuhraya yang terlibat: Lebuhraya Kelang Baru, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan (Seremban-Port Dickson dan Kulim-Butterworth), Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Ampang-KL dan Lebuhraya Barat KL.

Apabila perjanjian di antara kerajaan dengan para pemegang konsesi diumumkan pada 1.1.2009, orang awam boleh tahu syarat-syarat termasuk kenaikan kadar tol dan pampasan yang dituntut jika kenaikan ini tidak diizinkan. Jikalau para pemegang konsesi dapat memenuhi kehendaknya, apakah beban rakyat?

Kini, kemerosotan ekonomi dunia terutamanya Amerika Syarikat menjejaskan ekonomi negara. Tahun depan keadaan akan bertambah buruk. Oleh itu, Kabinet mestilah mempertimbangkan cadangan bagi menangguhkan kenaikan kadar tol oleh para pemegang konsesi. Ini bererti bahawa Kerajaan patut membincang dengan syarikat-syarikat yang berkenaan untuk mencari penyelesaian.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home