Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, November 20, 2008

Kurangkan harga petrol lagi

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna Datu Shahrir mempertimbangkan keperluan untuk mengurangkan lagi harga petrol memandangkan harga minyak mentah dunia telah terjatuh ke paras US$ 50 setong.

Dr Tan mengulas tentang keturunan harga minyak mentah ke US$50 setong di New York pada 21.11.2008. Ini merupakan harga yang terrendah sejak tiga tahun setengah yang lepas. Minyak mentah hadapan adalah US$ 49.62 setong walhal Brandt North Sea adalah US$ 48.08 setong di London.

Semalam, Datuk Shahrir menggulung perbahasan mengenai peruntukan bajet bagi kementeriannya. Beliau berkata bahawa sejak 28.8.2008, harga petrol telah dikurangkan lima kali. Sekarang, harga petrol adalah RM2 seliter dan diesel RM 1.90.

Saya menanya menteri itu tiga soalan: bilakah harga petrol akan diturun lagi? Apakah jumlah pendapatan Kerajaan dari petrol? Adakah kekurangan minyak di stesen-stesen?

Beliau mengatakan bahawa tidak sepatutnya wujud kekurangan petrol. Ada pemilik stesen yang mengadu bahawa mereka membeli petrol dengan harga yang lama dan menjual dengan harga baru memang tidak munasabah.

Walaupun Datuk Shahrir tidak menjawab sama ada beliau akan mengira mengurangkan harga petrol kali yang keenam dalam tempoh tiga bulan, saya berpendapat bahawa beliau patut berbuat demikian kerana harga minyak mentah sudah turun lagi.

Kita berharap langkah-langkah kewangan termasuk pakej merangsang RM 7 bilion akan berjaya membendung tsunami kewangan dunia. Selain daripada aliran kredit dan menangani pengangguran, penurunan harga barang-barang, terutamanya petrol dan diesel adalah mustahak.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home