Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, November 03, 2008

Kakitangan kerajaan perlu berkesan dan bersih untuk menghadapi tsunami kewangan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya semua kakitangan kerajaan mempertingkatkan keberkesanan dan menjadi lebih bersih bila menjalankan tugasnya.

Ini bermakna Kerajaan mestilah berazam untuk membanteraskan penyelewengan seperti rasuah, dan lima negeri di bawah Pakatan patut menunjukkan kepimpinan melalui teladan, bersih, adil dan berperikemanusiaan.

Dr Tan membuat seruan ini semasa Konvensyen biasa DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3.11.2008.

Pada tempoh hari, tsunami kewangan yang bermula di Amerka Syarikat, menjejaskan seluruh dunia termasuk Malaysia. Walaupun Kerajaan Persekutuan mengatakan ekonomi negara dipelbagaikan dan pertumbuhan ekonomi dianggarkan 5% untuk 2008, tetapi tsunami kewangan mesti menjejaskan negara ini.

Harga minyak telah menurun dari lebih RM140 setong kepada lebih RM60 setong, dan formula rebat akan ditukarkan. Bagaimanapun, harga barang-barang patutlah ikut turun, agar kesusahan rakyat boleh dilegakan. Sementara itu, 1.2 juta kakitangan kerajaan haruslah berkerja lebih kuat, lebih berkesan dan lebih bersih, untuk mengurangkan beban rakyat.

Kakitangan kerajaan mainkan peranan yang penting. Rakyat mestilah berhati-hati untuk menangani kemelut ekonomi.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home