Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, November 11, 2008

Keadilan dipercepatkan dan integriti ?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mempercayai bahawa selain daripada mepercepatkan keadilan, pendidikan sepanjang hayat untuk integriti adalah perlu.

Pada 7 November, 2008, Dr Tan menyertai Konvensyen Tahunan Institut Integriti Malasia (IIM) di Kuching.

Tan Sri Zaki Tun Azmi , yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober, 2008, adalah seorang penceramah di perhimpunan plenari. Beliau menegaskan hasratnya untuk menentukan keadilan dihasilkan dengan cepat. Masa yang lebih singkat dapat mengelakkan rasuah.

Misalnya, sekarang kalau hendakkan fail dari Mahkamah Rayuan, tiga minit atau lima minit sudah boleh dapatkan fail tersebut. Walhal sebelum itu 13 orang menjaga 13 longgokan fail dan tiap orang itu mempunyai sistem mereka sendiri.

Tan Sri menyentuh tentang sampah-sarap dikendalikan dengan berkesan di Singapura. Penguatkuasaan dan hukuman bagi pesalah adalah cepat.

Dr Tan menanya Tan Sri Zaki (dan disampuk oleh pengerusi supaya jangan berucap dengan panjang lebar): "Keadilan, pencarian fail dan sebagainya perlu dipercepatkan. Ini betul. Baru-baru ini, saya berada di Orchard Road, Singapura, saya ternampak longgokan sampah di tepi jalan itu. Apakah sebab? (Di Malaysia longgokan sampah adalah lebih dahsyat.)

"Perniagaan senjata sering menimbulkan pertikaian di seluruh dunia. Saya tidak membangkitkan syor pembelian Eurocopter RM1.6 bilion di Malaysia. Saya hendak menyoal ketidakpuasan di kalangan British mengenai kontrak raksasa, berbilion-bilion paun penjualan senjata canggih dari United Kingdom ke Arab Saudi. Efisiensi di pihak British boleh dilihat. Tetapi, kontroversi wujud juga. Mengapa?"

Ketua Hakim Negara menjawab:"Itu hal politik."

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home