Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, September 09, 2008

Perlu konsultan bebas MRR2 (Jejambat) Kepong untuk mencari sebab keretakannya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengesyorkan supaya Kerajaan melantikkan seorang pakar bebas terhadap jejambat panjang (elongated viaduct) bagi memastikan punca urutan keretakan tiang MRR2 Kepong.

Konsultan-konsultan seperti Leonhardt yang pernah terlibat dengan projek tersebut mungkin berat sebelah. Jika kita tidak dapat mengetahui punca untaian keretakan itu, maka rakyat akan terus menderita.

Dr Tan membuat syor itu ketika melawat MRR2 pada 7.9.2008.

Dari hujung minggu 6 hingga 8 September, 2008, Jabatan Kerja Awam (JKR) mengadakan lencongan jalan di bawah MRR2, untuk memasng alat sensor di tiang-tiangnya. Kemudian, pakar Jerman, Lenhardt, membuat siasatan.

Para pengguna jalan menghadapi kesusahan. Adakah JKR akan menemui sebab keretakan tiang MRR2?

Lebih enam tahun yang lepas, Konsortium Bumihiway dilantik sebagai kontraktor untuk projek MRR2. Ia adalah projek reka dan bentuk dengan anggaran perbelanjaan RM 238 juta. Bumihiway bukan pakar dalam jejambat panjang. Ia mengadakan perjanjian tambahan (subkontrak). Kerajaan mestilah mendapat tahu apakah komisennya.

Kerana pelbagai sebab termasuk kerja dan pengawasan yang kurang baik, 31 dari 33 batang tiang MRR2 telah retak. Masalah ini berlaku pada 2004, 2006 dan 2008. Setakat ini, sekurang-kurangnya lapan pakar asing telah dilantik.

Pada 2006, bekas Menteri Kerja Raya memihak kepada konsultan British, Halcrow. Tetapi, JKR tidak setuju. Perkara ini dirujuk ke Lembaga Jurutera yang memilih konsultan Jerman, Lenhardt. Kerja memperbaiki dibuat atas semua tiang yang retak dan serabut karbon dipasangkan. Kosnya termasuk berbagai perbelanjaan adalah RM 74 juta. Bumihiway enggan membayar. Kerajaan menghadapkannya ke mahkamah.

Pada 3 Ogos, 2008, didapati tiang 28 MRR2 retak dengan tiga batang serabut karbon patah. Menteri Kerja Raya baru berjanji selesai siasatan dalam tiga minggu.

Halcrow dan Leonhardt pernah terbabit dalam projek MRR2. Pendirian mereka mungkin berprasangka. Ulasan Halcrow mengenai hal ini adalah serabut karbon kurang mulur.

Terdapat pakar-pakar jejambat panjang di universiti-universiti. Kita memerlukan pakar bebas untuk mengkaji rentetan keretakan tiang MRR2.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home