Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, September 02, 2008

Laporan pendahuluan MRR2 Kepong dan pakar Jerman.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw berpendapat bahawa Kementerian Kerja Raya perlu telus, lalu mengumumkan kepada orang ramai tindakan yang diambil untuk menyelesaikan keretakan tiang melintang MRR2.

Hari ini, setelah menerima soalan dari sesetengah pengguna MRR2 bahawa terdapat jaring hijau di sesetengah tiang-tiang seperti yang ke 6 dan 7 selain dari tiang 28 yang retak, saya telah berhubung dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya. Beliau mengesahkan setakat ini tidak ada keretakan yang baru, tetapi kajian sedang dijalankan.

Jumlah tiang jejambat Kepong adalah 33 dan 31 darinya yang retak telah diperbaiki dengan serabut karbon. Tiga minggu yang lepas, keretakan tiang melintang 28 berlaku lagi; tiga batang serabut karbon sudah rosak. Menteri Kerja Raya mengatakan bahawa kajian tiga minggu diadakan. Kini, laporan pendahuluan disiapkan; ia patut diumumkan.

Sebagai seorang yang bukan pakar dalam tiang jejambat, saya tidak nampak keretakan di tiang-tiang tersebut kecuali tiang 28. Ketua Pengarah mengesahkan bahawa pakar Jerman juga akan membuat pemeriksaan untuk mengetahui keadaan tiang-tiang yang sebenarnya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home