Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, June 22, 2008

Sambil latih guru bertaraf dunia,selesaikan kekurangan guru.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak supaya Menteri Pelajaran YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein terus berusaha memastikan guru-guru mencapai tahap dunia dan menentukan masalah kekurangan guru dapat diselesaikan.


Dr Tan bertanya soalan tambahan ketika YB Menteri menjawab soalan asal YB Bintulu Dato' Seri Tiong King Sing tentang syarat-syarat dan kuota memasuki Institusi Perguruan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Menurut Menteri, terdapat berpuluh ribu pemohon untuk institusi-institusi tersebut, yang tarafnya sedang dinaikkan. Akhirnya, hanya 4,726 pemohon berjaya; 7,228 pemohon untuk aliran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJK(C) dan hanya 1,284 memasuki.


Beliau mengatakan bahawa tidak ada kuota dan pengambilan adalah melalui panel yang menggunakan syarat-syarat termasuk sahsiah, komitmen, keikhlasan, potensi, akademik, dan kokurikulum. Wujudnya 'mismatch' ketidaksesuaian dan tidak kena pada lokasinya.


Kita hendak menyaksikan graduan dari 23 institusi perguruan mencapai standard antarabangsa. Pemilihan calon guru patut ditumpukan kepada merit bukan faktor-faktor yang lain. Yang pentingnya, usaha diperlukan bagi mengatasi kekurangan guru seumpama guru-guru sandaran di semua aliran, termasuk SJK (C) dan (Tamil).


Menteri meyebutkan 3095 GSPT diluluskan untuk guru sandaran. Beliau yakin melalui program untuk guru sandaran masalah kekurangan guru dapat dibereskan.


Kita akan terus memantau pengambilan calon guru dan kekurangan guru.


Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home