Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, July 08, 2008

Pulihkan Proton Holdings:cari ahli kongsi strategik

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mencadangkan sekali lagi supaya Kerajaan mencari ahli kongsi strategik (strategic partner) dan memulihkan Proton Holdings, kereta nasional pertama.

Dr Tan membuat cadangan ini semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 di Dewan Rakyat pada 1.7.2008.

Proton menghadapi masalah. Walaupun saya nampak Menteri Kewangan II sudah mengatakan bahawa sekarang kita tidak lagi berunding dengan syarikat-syarikat raksasa multinasional termasuk Volkswagen dan General Motors kerana Proton sekarang ini sudah semakin hari semakin pulih. Proton pada tahun 31 Mac, 2007 telah mengalami kerugian lebih daripada RM 500 juta. Namun pihak kerajaan mengatakan penhyertaan pasaran (market share) Proton sudah meningkat. Pada masa dahulu, (market sharenya ) lebih daripada 70% dan pada tahun 2002 jatuh sampai 22%. Sekarang, dia kata sudah meningkat sedikit kepada 31%.

Walau bagaimanapun, kita ada perjanjian dengan Indonesia, Thailand dan China untuk meningkatkan eksport Proton. Kita juga ada satu perjanjian dengan Jin Hua Youngman Automobile Manufacturing yang hendak eksport Gen 2 sebagai Europe Star di China dan sebagainya. Saya tidak tahulah sama ada ini akan meningkat pendapatan Proton. Yang saya lihat kita tidak begitu hebat lagi. Ini termasuklah model yang baru iaitu Proton BLM dan sebagainya dan yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan adalah jenis MPV. Dengan demikian, di harapkan EON dan Proton dapat meningkatkan market share di Malaysia. Saya tidak tahu sama ada ia akan tercapai.

Saya berharap Jawatankuasa Dasar Automotif Negara Kabinet mengkaji semula keadaan Proton. Saya bertanya di merata-rata tempat dan mendapati jualannya tidak begitu hebat walaupun agen, dealersnya, sudah dikurangkan daripada 362 kepada 304. Jawatankuasa ini mestilah mengkaji cara-cara untuk mendapat strategic partner. Lihatlah Perodua dengan syarikat-syarikat Jepun yang masih berkongsi dan ia adalah hebat.

Kalau hendakkan Rancangan Malaysia Ke-9 berjaya, hal ini mesti diselesaikan. Jika pihak Proton rugi, kerajaan yang menanggung kerana Khazanah mempunyai saham lebih daripada 40%, tidak kira lagi KWSP atau EPF dalam Proton. Saya berharap Proton dapat meningkatkan prestasi dan juga nmencari dengan cepat strategic partner untuk memulihkannya.

Dr Tan Seng Giaw

1 Comments:

At 8:34 PM, Blogger 龙的天空 said...

Saya amat setuju dengan YB untuk mencari satu-satu "strategic partner" yang dapat mengubah cara 'Proton' berniaga bukan sahaja dari sudut permasaran tetapi dari sudut pengusahaan perkilangan. In adalah disebabkan kecuaian mereka dalam pengurusan yang tidak 'transparence' dan masalah in selalunya dihadapi oleh pembekal-pembekal yang membekalkan alat teknologi kepada mereka dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran terbuka.

 

Post a Comment

<< Home