Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, September 15, 2008

Mansuhkan ISA

16.9.2008, Hari Malaysia.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengulangi seruannya untuk memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negara) yang disalahgunakan terhadap orang awam.

Semalam, Senator Datuk Zaid Ibrahim yang benar-benar Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan surat perletakan jawatan Menteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Aahmad Badawi. Tetapi, PM menasihatkan Zaid supaya bercuti dua minggu dan memikirkan betul-betul keputusannya.

Zaid kecewa kerana lambatnya cadangan beliau untuk perbaharuan undang-undang diterima dan bantahan tentang penggunaan ISA terhadap orang awam.

Saya telah menanya Zaid di Dewan Rakyat mengenai perbaharuan tersebut. Beliau menerangkan syor-syor mewujudkan integriti di judiciari. Sampai sekarang, tindakan berkesan masih kurang.

Baru-baru ini, penahanan Teresa Kok, Raja Petra Kamaruddin and Tan Hoon Cheng bawah ISA menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional adalah kurang rasional. Jika Kerajaan mempunyai bukti terhadap mereka, ia sepatutnya menghadapkannya kepada mahkamah. Tan telah dibebas selepas ditahan 18 jam.

Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman berkata:"Rakan-rakan Kabinet dan saya membuat janji dengan sesungguhnya kepada Parlimen dan negara bahawa kuasa yang begitu besar yang diberi kepada Kerajaan di bawah ISA, 1960, sekali-kali tidak akan digunakan untuk melemaskan pembangkang yang sah dan mendiamkan perbantahan yang sah di sisi undang-undang.

Pada Hari Malaysia ini, Kerajaan wajar membebaskan Teresa dan Raja Petra dan lain-lain yang dtahan bawah ISA yang digubalkan untuk menentang komunis.

Ketika kita diberkas di bawah ISA 1987-1988, kita berulang-ulang mendesak Kerajaan supaya menghapuskan ISA. Kini, kita menegaskan hasrat yang sama.

Pelampau dan pengganas muncul dari dunia moden ini. Kita perlukan undang-undang moden untuk menghadapi mereka.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home