Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, September 11, 2008

Kenyataan menghasut & tindakan Umno yang tidak dapat menenangkan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw berasa bahawa penggantungan Datuk Ahmad Ismail dan balasan yang ingkarnya menjadikan tindakan Umno tidak dapat menenangkan.

Pada tempoh hari, Ahmad telah dituduh sebagai mengatakan di pilihanraya kecil Permatang Pauh bahawa orang-orang Cina adalah pendatang dan setinggan dan tidak berhak mendapat layanan yang sama rata. Ini telah menimbulkan tindakbalas yang hebat termasuk seruan supaya tindakan yang keras diambil terhadapnya.

Ada yang percaya bahawa jika Ahmad adalah ahli pembangkang, beliau telah dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

Pada 10.9.2008, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran akan mengambil tindakan tegas tehadap mereka yang cuba menggugat keselamatan dan ketenteraman negara menerusi penyebaran isu berunsur perkauman. Diharapkan bahawa beliau mengotakan janjinya.

Dalam lima dekad ini, kenyataan-kenyataan menghasut berunsur perkauman dan agama telah dikeluarkan oleh segelintir orang termasuk ahli politik yang hendak menarik undi atas kerugian negara. Ada yang dapat melepaskan diri. Kini, globalisasi, perkembangan politik dan Internet mewujudkan sambutan yang lebih hangat terhadap kenyataan seumpama ini.

Di dalam masyarakat majmuk, kita terpaksa mengelakkan sebutan melampau berunsur perkauman dan agama. Ada juga yang mendesak supaya Ahmad disiasat darihal penglibatan dalam syarikat-syarikat dan Projek Lingkaran Luar Pulau Pinang.

Pada 10.9.2008, Umno menggantungkan Ahmad dalam semua jawatan dan hak mengundi parti, termasuk ketua bahagian Umno Bukit Bendera. Kemudian, sambil menerima keputusan itu, beliau dilaporkan hendak melawat negara menemui ahli-ahli bahagian Umno bagi menjelaskan isunya.

Setengah-setengah orang menegaskan bahawa tindakan penggantungan itu merupakan satu pertunjukan. Para pemimpin Barisan Nasional memuji tindakan tersebut.

Terdapat jurang di antara orang dan wilayah. Semua rakyat Malaysia mestilah sentiasa perihatin terhadap kemiskinan. Kerajaan memperuntukkan RM 35 bilion, iaitu 24%, dari bajet 2009 bagi pelajaran dan pengajian tinggi. Ini memang ke arah yang betul. Kita seharusnya mewujudkan lebih peluang untuk pendidikan, latihan, pengetahuan dan teknologi.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home