Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, July 23, 2007

Kaji semula yuran kolej perubatan swasta yang terlalu tinggi

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kerajaan mengkaji semula yuran kolej-kolej perubatan di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), yang kosnya boleh sampai lebih RM 400,000 untuk lima tahun. Yuran kursus perubatan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah disubsidi dengan banyak oleh para pembayar cukai.

Kita berharap para pelajar yang mempunyai belas kasihan yang sesuai untuk mengambil kursus perubatan, boleh berbuat demikian di IPTS yang menawarkan yuran yang sederhana.

Dr Tan mengulas keadaan yuran kursus perubatan di IPTA dan IPTS.

Kursus perubatan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun. Kemudian, latihan menjadi doktor benar-benar pakar memerlukan hingga lapan tahun atau lebih. Ada doktor yang berhijrah ke seberang laut. Oleh itu, negara akan mengalami kekurangan doktor, terutamanya doktor pakar.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia memperolehi kursus perubatan di lapan IPTA dan lapan IPTS. IPTA adalah seperti Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan; IPTS seumpama International Medical University dan Perak Royal Medical College. Pada Mac, 2006, yuran perubatan IPTA purata RM 275,518 tetapi subsidi kerajaan RM 265,718, yuran RM 9,800 setahun. Sebaliknya, yuran kursus perubatan IPTS adalah di antara RMRM 210,000 hingga RM 420,000, purata RM 271,317 iaitu RM 54,300 setahun.

Kolej perubatan IPTA menggunakan kemudahan, jururawat, pensyarah dan profesor di hospital kerajaan. Begitu juga dengan kolej perubatan IPTS.

Kita mendesak Kerajaan supaya mengkaji semula yuran kolej perubatan termasuk IPTS, berikhtiar mengurangkan yuran kursus perubatan, dan memberi lebih peluang kepada para pelajar yang sesuai menjadi doktor.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home