Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, July 31, 2007

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur harus umumkan bajet untuk tiang tanda jalan dan nama kontraktor

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bajet untuk tiang tanda jalan setiap tahun dan nama kontraktor-kontraktor yang dilantikkan bagi tiang tanda.

Sebenarnya, 143 pihak berkuasa tempatan yang lain mestilah berbuat demikian. Kita hendak mengetahui bagaimana ia mendirikan tiang-tiang tanda yang mudah dibaca dan teratur. Atau, hanya segelintir orang yang mendapat faedah?

Walaupun jumlah untuk tiang tanda di KL setiap tahun adalah beratus ribu ringgit bukan berbilion, wang rakyat tidak seharusnya dibazirkan.

Dr Dr Tan menerima aduan daripada para penduduk di Jinjang Utara, Kuala Lumpur, bahawa kos setiap tiang tanda adalah RM 500.

Tiga minggu lalu, DBKL menukarkan nama dan tiang tanda kebanyakan dari 87 batang jalan di Jinjang Utara. Ini menimbulkan kucar-kacir. Pada lima tahun yang lampau, bekas Datuk Bandar Tan Sri Kamaruzaman menukarkan semua tiang tanda tetapi nama-nama jalan dikekalkan.

Orang ramai mengesyaki bahawa Jawatankuasa Nama Jalan DBKL telah mendapat pandangan seorang wakil dari Jinjang, selain daripada Pos Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kalau ini benar, siapakah wakil itu?

Adalah diketahui bahawa harga setiap tiang tanda ialah RM 500. Jika semua 87 batang tiang tanda di Jinjang Utara diubahkan, maka jumlah perbelanjaannya adalah RM 43,500. Sekiranya 1,000 tiang tanda di KL ditukarkan setiap tahun, kosnya adalah RM 500,000.

DBKL mengatakan bahawa hanya jalan dengan nombor sahaja di kawasan-kawasan baru akan ditukarkan. Nama jalan yang sistematik dan mudah diingat adalah senang untuk para pengguna. Apakah bajet DBKL untuk tiang tanda setiap tahun? Siapakah kontraktor-kontraktor tiang tanda? DBKL patut mengumukannya bagi mengatasi syak wasangka.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home