Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, September 01, 2011

Kementerian Pelajaran jangan membazir wang dalam projek1Bestarinet

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak supaya Kementerian Pelajaran benar-benar melantik syarikat yang boleh dipercayai untuk menjayakan projek 1Bestarinet.

Kementerian sedang merancang mengadakan 1Bestarinet di dalam 9,924 sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Difahamkan projek ini akan melelan belanja RM4-5 bil dalam 15 tahun, iaitu RM300 juta setahun.

Pada 1.9.2011, Dr Tan mengulas tentang projek 1Bestarinet.

Negara-negara di seluruh dunia sedang berusaha untuk mengadakan teknologi dan kemudahan digital yang termoden, termasuk Malaysia. Misalnya, mulai 2004, Kementerian melaksanakan projek Schoolnet. Selepas 7 tahun, laman sesawang sekolah, teknologi digital dan jumlah perbelanjaannya tidak diketahui dengan sepenuhnya. Kami akan menyusul kepada perkara ini. Berapa puluh juta ringgit telah digunakan?

Kini, Kementerian hendak melaksanakan 1Bestarinet dengan lebih luas dan berkesan di bandar dan luar bandar. Kami berharap ia akan berjaya.

Kami telah diberitahu bahawa Kementerian menawar tender dari 5 hingga 31 Mei, 11. Daripada 19 syarikat yang telah mengemukakan tender, 6 sedang dipertimbangkan, yakni Celcom Axiata Bhd, Jaring Communications,Maxis Bhd, YTL Communications, Multimedia Synergy Corp.,Telecom Malaysia Bhd/Time DotCom Bhd.

Walaupun Kementerian dikatakan mempunyai mekanisme untuk memantau syarikat yang dapat tender, ia kurang berkesan untuk Schoolnet. Kami akan membangkit projek-projek 1Bestarinet dan Schoolnet di Dewan Rakyat yang akan bersidang mulai 3 Oktober, 11.

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home