Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, September 15, 2011

Jelaskan syor kewajipan Bahasa Inggeris di peringkat SPM

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bagaimana kelulusan Bahasa Inggeris (BI) diwajibkan untuk melayakkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sijil penuh.

Perkara ini akan menimbulkan kontroversi.

Pada 15.9.2011, Dr Tan adalah tertarik dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin mengenai BI di peringkat SPM.

Semua calon SPM diwajibkan lulus Bahasa Malaysia (BM). Tetapi, kewajipan kelulusan bahasa yang lain termasuk BI memang memerlukan fikiran yang mendalam.

Sejak Merdeka 54 tahun yang lalu, Kementerian Pelajaran berusaha mengurangkan mata pelajaran BI peringkat demi peringkat. Pada 1980, sistem BI telah dihapuskan.

Di dunia berbilang bahasa BI adalah paling popular. Tahap Bahasa Cina juga semakin hari semakin menginjak. Oleh itu, Kementerian sering berikhtiar meninggikan standard BI. Salah satu projek ialah PPSMI, iaitu pengajaran sains dan matematik dalam BI. Kerana faktor-faktor yang tertentu, projek ini telah diberhentikan. Pertelingkahan tentang PPSMI berterusan.

Kita nampak Kementerian membawa ratusan guru BI dari UK dan Amerika Syarikat. Saya berharap Menteri Pelajaran boleh menerangkan bilangan guru BI asing yang berada di negara ini serta standard mereka. Beliau menyatakan bahawa kewajipan BI peringkat SPM hanya akan dilaksanakan apabila jumlah guru BI mencukupi di semua sekolah selepas kurikulum baru BI diperkenalkan.

Jika para pelajar di negara-negara seperti Sweden dan Switzerland boleh mahir di dalam sekurang-kurangnya dwi bahasa, para pelajar Malaysia mesti boleh. Yang terpentingnya bilangan guru BI mencukupi, kurikulum mantap dan pemantauan yang berkesan.

Semoga Tan Sri Muhyiddin memberi keterangan yang lengkap darihal kewajipan BI peringkat SPM.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home