Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, August 01, 2011

Semoga PM Najib terus berazam membaharui sistem pilihanraya

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengharapkan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib kekal dengan hasratnya untuk membaharui sistem pilihanraya di negara ini.

Pada 1.8.2011, Dr Tan mengulas komitmen Najib untuk memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia.

Semalam, PM Najib menonjolkan kewajipannya untuk reformasi pilihanraya dan memastikan demokrasi berparlimen untuk selama-lamanya.

"Saya adalah komited untuk membaharui pilihan raya. Kami akan buat.

"Jangan khuatirkan komitmen kami untuk memperbaiki sistem ini. Demokrasi berparlimen wujud dan pilihanraya adalah adil di negara ini."

Sejak bermulanya pilihannraya di negara ini pada 1956, perkara-perkara seperti undi hantu dan persempadanan tidak adil sering timbul. Pihak Kerajaan menafikannya. Tetapi, pembangkang menunjukkan buklti seumpama undi hantu, perbezaan bilangan pengundi di antara bahagian-pilihanraya dan persempadanan yang tidak munasabah.

Najib mengakui timbulnya kekurangan, tetapi tidak ada orang yang boleh menafikan wujudnya demokrasi berparlimen. Sistem biometrik akan diadakan.

Bebarapa tahun ini, Bersih 1.0 dan 2.0 menuntut pembaharuan sistem pilihanraya di semua aspek. Pakatan Rakyat menyokong tuntutan ini. Barisan Nasional menentang. Suruhanjaya Piliharaya menegaskan ianya tidak mempunyai kuasa untuk pembaharuan, cuma untuk menguruskan pilihanraya.

Apabila Brsih 2.0 mengadakan perhimpunan, Kementerian Dalam Negeri dan polis bertindak dan mengharamkannya. Pengharaman ini adalah termasuk warna kuning.

Kewajipan Najib ialah untuk membaharui sistem pihanraya dan mengekalkan demokrasi berparlimen. Beliau menekankan bahawa komitmennya tidak boleh disangsikan.

Semoga komitmennya dikekalkan. Jangan kerap berubah. Misalnya, pada satu ketika, PM Najib mengizinkan perhimpunan Bersih di stadium. Kemudian, Kementerian Dalam Negeri menentang berhabis-habisan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home