Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, July 21, 2011

SPRM mestilah benar-benar berintegriti

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mestilah diperlihatkan benar-benar berintegriti di segala aspek termasuk cara soal siasat.

Pada 22.7.2011, Dr Tan mengambil perhatian darihal kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, yang mengumumkan bahawa Suruhanjaya Diraja Siasatan kematian Teoh Beng Hock mendapati setiausaha politik DAP itu membunuh diri.

(Laporan suruhanjaya diraja itu adalah setebal 124 muka. Ia merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggotanya yang dipimpin oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Fong.

Pada 16.7.2009, Beng Hock, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean YongHian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor setelah disoalsiasat sampai 3.30 pagi di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.)


Pada 21.7.2011 Nazri mengatakan dalam satu sidang media di bangunan Parlimen bahawa suruhanjaya tersebut memutuskan tindakan bunuh diri itu akibat soalsiasat yang agresif dan berterusan oleh pegawai SPRM.

"Tiga pegawai SPRM didapati telah menggunakan taktik soal siasat yang "agresif, tidak wajar, maka langgar peraturan".

Laporan suruhanjaya itu menyebut bahawa tindakan yang dilakukan ketiga-tiga pegawai berkenaan iaitu Hishamuddin Hashim, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus, berkemungkinan besar berbentuk soal siasat secara intensif sekali lagi ke atas Teoh untuk memaksanya membuat pernyataan bahawa Yong yang mengarahkannya untuk melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang dalam mengendalikan peruntukan tersebut. SEDUTAN LAPORAN

Laporan itu mengatakan sesi itu pastinya membebankan Teoh dari segi fizikal dan mental memandangkan dia telah dinafikan tidur sepanjang malam dan pagi dan perlu menanggung soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar.

Suruhanjaya itu dalam laporannya berpendapat soal siasat keempat telah menjadi faktor pencetus yang membawa kepada kejadian berkenaan."

Biasanya, suruhanjaya diraja membuat kesimpulan berdasarkan kepada bukti. Tetapi, di dalam kes Beng Hock,ramai orang mempercayai bahawa dia tidak membunuh diri. Maka, keputusan tersebut membingungkan mereka.

Nazri menjelaskan bahawa suruhanjaya diraja mendapati pegawai-pegawai SPRM tiada niat dan tiada sebab untuk membunuh Teoh. Beliau menyentuh mengenai kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil ke atas para pegawai yang terbabit yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Hakikatnya, kesimpulan laporan tersebut tidak akan mengubahkan sikap banyak orang tentang kes Beng Hock. Apabila berlakunya kematian saksi atau orang yang disyaki di bangunan SPRM, persepsi awam terhadapnya memang tidak baik. kini, ada kes kedua, kematian Sarbaini. Keadaan bertambah rumit.

Segsla usaha hendaklah diambil oleh SPRM untuk diperlihatkan sungguh-sungguh berintegriti di dalam semua aspek.

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home