Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, June 29, 2011

Penguatkuasaan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Bank Negara menguatkuasakan dengan berkesan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Aliran wang dari Malaysia keluar negara berlaku sama ada di atas tanah atau di bawah tanah.Yang haramnya mungkin berbilion-bilion ringgit setiap tahun.

Pada 29.6.2011, Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan pengurup wang, perniagaan pengiriman wang dan perniagaan mata wang borong, yang sedang dimodenkan dan disatukan di bawah suatu industri yang dikenali sebagai industri 'perniagaan perkhidmatan wang'.

Industri ini adalah rumit, yang melibatkan kegiatan-kegiatan di atas dan di bawah tanah. Pada 1998, Akta Pengurupan Wang digubalkan. Kini, akta itu dimansuhkan dan digantikan dengan Rang Undan-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang akan menjadi akta kelak. Selepas Merdeka setengah abad, perundangan ini baru digubalkan.

Bilangan warga asing di negara ini adalah dianggarkan lima juta orang. Ini termasuk pendatang dengan izin 1.9 juta orang dan yang tanpa izin beberapa juta lag. Ada yang mengirim wang balik ke negara masing-masing melalui saluran sah dan saluran bawah tanah. Sistem bawah tanah yang diamalkan berabad-abad melibatkan cara-cara yang khas.

Warga negara juga memakai cara-cara yang halal dan haram untuk perkidmatan wang, meliputi kiriman ke luar negara. Jumlah wang yang terbabit adalah susah dianggarkan.

Bank Negara hendak mengekalkan integriti sistem kewangan Malaysia dan merangkumi pelesenan, pengawalseliaan dan penyeliaan ke atas pemegang lesen dan ejen mereka untuk memastikan industri itu terdiri dari peserta industri yang dinamik, kompeten dan profesional. Bagaimana Bank Negara dapat mengatasi kegiatan haram, masa sahaja dapat menentukan.

Difahamkan Bank Negara mempunyai 50 pegawai sepenuh masa yang dikatakan berintegriti untuk melakukan penyiasatan dan penguatkuasaan. Kuasa yang diberi kepada penguatkuasa termasuk pendakwa raya adalah besar. Denda yang dikenakan jika didapati salah adalah dari RM100,000 hingga RM 5 juta dan kepenjaraan dari dua tahun hingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home