Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, July 27, 2011

Strategi yang sungguh serius untuk wanita mencapai kedudukan tinggi

Strategi yang sungguh serius untuk wanita mencapai kedudukan tinggi

Tmbalan Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Kepong mendesak Kerajaan Pusat supaya mengadakan bukan sahaja strategi serius untuk membolehkan wanita mencapai kedudukan tinggi termasuk dunia korporat, bahkan peluang yang lebih banyak bagi mereka.

Memandangkan kejayaan wanita di peringkat universiti adalah lebih daripada lelaki, ramai wanita akan memanjat ke kedudukan yang tinggi. Keadaan seumpama ini akan wujud di pelbagai bidang.

Pada 25.7.2011, Dr Tan memberi komen terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin untuk memperkuasakan wanita.

Tan Sri Muhyiddin mahu strategi latihan yang serius untuk membuat persiapan dan mendukong wanita mendapat kedudukan tinggi termasuk lembaga korporat.

Wanita sedang berikhtiar.

Di bidang pendidikan, wanita adalah lebih berjaya daripada lelaki, sama ada di peringkat sekolah atau universiti. Sebahagian besar hampir 400,000 guru di Malaysia adalah wanita. Di beberapa jurusan di institusi pengajian tinggi, lebih 60% adalah wanita. Adalah susah untuk mencari pelajar lelaki yang layak bagi mengisi kekosongan di sesetengah jurusan di universiti.

Pendidikan adalah peri mustahak. Jika wanita menguasai pendidikan, adalah masa sahaja akan melihat mereka mencapai kecemerlangan di dunia termasuk bidang korporat.

Kini, tidak sepatutnya timbul prasangka dan diskriminasi. Mereka akan mengatasi kekangan.

Kita sedang tunggu dan lihat setakat mana keseriusan strategi tersebut untuk memupuk para wanita mencapai kejayaan di peringkat tinggi termasuk dunia korporat. Semua halangan mestilah dihapuskan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home