Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, June 15, 2011

Hendak kurangkan bilangan PATI melalui NFERS

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw hendak menyaksikan Sistem Pendaftaran dan Penguatkuasaan Pendatang Nasional (NFERS) atau sistem keselamatan biometrik serta Program 6P berkesan untuk mengurangkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pada 15.6.2011, Dr Tan berulang hasratnya untuk melihat penguatkuasaan Program 6P termasuk sistem sekuriti biometrik untuk menangani isu PATI dengan berkesan.

Dalam beberapa tahun ini, langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi masalah PATI. Tetapi, semuanya kurang berjaya. Kini, bilangan pendatang yang didaftar adalah kira-kira 2 juta dan tanpa izin dianggarkan lebih dua juta. Satu angka untuk bilangan orang asing di negara ini adalan lebih kurang lima juta.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisahmuddin mengatakan di dalam Dewn Rakyat hari ini bahawa laporan mengenai dua wanita rakyat Singapura yang telah disiasat dengan cara bogel dan kasar, bukan kerana sistem biometrik yang diamalkan di Australia dan Amerika
Syarikat. Kedua wanita itu adalah diperiksa di pusat tahanan. Pihaknya sedang menyiasat insiden itu.

Menurut beliau sistem sekuriti biometrik ialah untuk merekod biodata bagi kira-kira lima juta orang asing di Malaysia. Pada 1 Jun, 2011, sistem ini mula berkuatkusa di 61 dari 96 pintu masuk ke negara ini. Terdapat ratusan pintu masuk bukan rasmi.

Negara ini mestilah mempunyai sistem kawalan pendatang terutamanya PATI yang efektif. Perkara seperti pendatang menggunakan visa pelajar memasuki Malaysia, lalu menjalankan kegiatan bukan pendididikan semacam perniagaan dan dadah perlu dibanteras.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home