Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, May 31, 2011

Mekanisme untuk mencegah kenaikan harga barangan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna supaya mengadakan mekanisme yang berkesan untuk memantau harga barangan dan mencegah inflasi.

Pada 1.6.2011, Dr Tan mengeluarkan kenyataan sempena hari kenaikan tarif elektrik di Malaysia.

Malaysia mestilah menyesuaikan diri dengan perkembangan tenaga di dunia. Kajian perlu dibuat ke atas tenaga elektrik dan tarifnya. Harga minyak dan gas berubah-ubah. Selain dari masalah syarikat tenaga swasta dan syor untuk projek tenaga nuklear, tarif elektrik merupakan perkara yang susah ditangani.

Hari ini, kenaikan tarif elektrik dari 31.31 kwt jam kepada 33.54 Kwt jam mula berkuatkuasa. Ini membimbangkan rakyat. Walaupun Kerajaan mengatakan ia tidak akan menjejaskan 75% pengguna, tetapi kita mestilah berhati-hati dengan perlaksanaan harga baru ini.

Kita menekankan bahawa Kerajaan haruslah melakukan adil kepada semua pihak, sama ada domestik, komersial atau industri. Meskipun Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Chin berpendapat bahawa kenaikan 7.15% tarif elektrik mempunyai kesan minimum terhadap inflasi, 0.27%, para pengguna masih berasa risau darihal naiknya harga barangan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air perlu mengadakan mekanisme khas untuk memantaukan harga barangan dengan efektif dan mencegah para peniaga dari kenaikan harga barangan.

Perdana Menteri mengarahkan semua agensi kerajaan menjimatkan tenaga. Ini memang satu langkah yang boleh membawa kesan. Pihaknya harus mempunyai strategi untuk mengurangkan pembaziran tenaga. Sebenarnya, semua orang patut mempunyai amalan jimat tenaga.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home