Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Sunday, July 24, 2011

Umumkan peruntukan bagi sistem biometrik di SPR

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukan kepada Suruhanjaya Diraja untuk mengadakan sistem biometrik, reformasi dan ketelusan pilihanraya.

Pada 24.7.2011, Dr Tan mengulas kenyataan PM semalam bahawa Kerajaan telah memberi peruntukan bagi SPR untuk melaksanakan sistem biometrik. Ia mungin digunakan pada pilihanraya akan datang, jika masa mengizinkan.

Sejak Merdeka 54 tahun lalu, Malaysia sudah mengalami 12 pilihanraya umum. Kontroversi mengenai penyelewengannya timbul.

Kerajaan Persekutuan mengatakan SPR menjalankan tugas dengan adil. Orang-orang bukan kerajaan mempercayai wujudnya beberapa ketidakadilan,yang dituntut oleh Bersih 2.0 termasuk melalui perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9.7.11.

Memandangkan belum ada negara yang menggunakan sistem biometrik untuk pilihanraya, kita tidak tahu akan kelemahan atau sama ada ia boleh dipercayai.

Integriti adalah penting untuk sebarang sistem termasuk biomatrik. Jika pihak yang berkenaan tidak mempunyai integriti, maka ia mendatangkan kebimbangan.

Siapakah akan memilih pengundi bagi mendapat cap jarinya. Pengundi mana yang akan dibiarkan?

Siapa yang akan diberi kontrak untuk mengadakan sistem ini di SPR? Mengapa?

SPR perlu menjelaskan dengan panjang lebar darihal pro dan kontra sistem biometrik ini, termasuk keberkesanannya untuk mencegah kecurangan dalam pilihanraya.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home