Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Tuesday, June 07, 2011

Mengguna bahasa baku di sekolah dan universiti

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menekankan bahawa hanya bahasa baku digunakan di sekolah dan universiti termasuk semua peperiksaan Bahasa Malaysia.

Pada 8.6.2011 Dr Tan mengulas laporan media mengenai penggunaan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber di sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Di zaman kini, dunia siber berkembang dengan pesat. Belia memakai bahasa singkat dan percakapan yang tidak mempunyai tatabahasa. Amalan ini adalah didapati di seluruh dunia.

Zaman beralih musim bertukar. Nescaya pemuda-pemudi mengikut perkembangan semasa. Istilah dan bahasa digital menjadi popular.

Adalah penting bagi media, agensi kerajaan, sekolah dan istitusi pengajian tinggi menggunakan bahasa baku. Hampir 400,000 guru di negara ini mestilah memainkan peranannya dengan berkesan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home