Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, July 20, 2011

Jangan salahkan para pelajar wanita di IPTA

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw memberi peringatan kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agar jangan menyalahkan para pelajar wanita dan jangan merampaskan peluang mereka memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Masyarakat Malaysia mestilah menyedari bahawa suasana kini mendorong para pelajar wanita menjadi lebih cemerlang di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ini berlaku di seluruh dunia. Keluarga boleh memainkan peranan untuk menggalakkan para plejar lelaki lebih rajin belajar.

Pada 20.7.2011, Dr Tan mengulas kenyataan Datuk Seri Khaled mengenai sasaran kementeriannya meningkatkan pengambilan lelaki di dalam IPTA mulai September, 2011.

Pada peringkat sekolah-sekolah rendah dan menengah, para pelajar wanita memang lebih berjaya. Ini adalah diperlihatkan di negara-negara lain.

Menteri tersebut mengatakan bahawa kementeriannya juga ada ketika menghadapi kesukaran memenuhi kuota pelajar lelaki dalam jurusan tertentu kerana kekurangan calon layak menyebabkan kekosongan terpaksa ditampung pelajar wanita.

Jika calon lelaki tidak layak, peluang mestilah diberi kepada calon wanita. Sekiranya pelajar lelaki tidak mencapai tahap yang ditetapkan, maka kekosongan itu harus diberi kepada calon wanita.

Yang terpentingnya, YB Khaled patut mengkaji dengan teliti sebab-musabab para pelajar lelaki tidak begitu berjaya di sesetengah peringkat, lalu mencari penyelesaiannya. Misalnya, sikap ibu-bapa yang kurang memupuk pelajar lelakinya.

Difahamkan bahawa di dalam IPTA, para pelajar wanita mencapai tahap 60% di IPTA. Ini bergantung kepada jurusan. Sehingga suasana diwujudkan untuk menggalakkan pelajar lelaki bertungkus-lumus belajar, keadaan yang tidak seimbang di IPTA akan terus wujud.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home