Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, July 28, 2011

Adakah NKRA akan mengganti Kementerian Hal Ehwal Pengguna?

Timbalan Pengesuri Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberitahu sama ada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan mengambil alih tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Pengguna .

Adakah beliau bererti bahawa kementerian itu tidak ada keberkesanan langsung sehinga perlu digantikan dengan NKRA?

Pada 28.7.2011, Dr Tan berasa hairan dengan syor Najib semalam untuk menambah satu lagi NKRA, dari 6 ke 7, bagi memerangi kos kehidupan. Katanya, satu pelan penyelesaian akan disediakan bagi mengurangkan beban rakayat dan pengguna.

Pelbagai faktor menyebabkan inflasi dan kenaikan kos hidup, termasuk keberkesanan penguatkuasaan dan harga barang di dunia.

Kita tidak boleh mengawal harga di dunia, tetapi kita boleh memantau harga barang di negara sendiri.

Apakah pelan penyelesaian PM? Adakah Klinik 1 Malaysia tanpa doktor dan Kedai Runcit 1 Malaysia dapat mengurang beban rakyat?

Salah satu strategi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang bagi melindungi pengguna. Ia meningkatkan pendidikan pengguna supaya lebih bertanggungjawab, bermaklumat serta berdikari sambil meningkatkan pendidikan agar wujud peniaga yang beretika tinggi dan bertanggungjawab.

Setiap kali kami menyoal kementerian tersebut mengenai hal pengguna, ia menjawab betapa hebatnya menguatkuasakan strategi tersebut.

Dengan wujudnya NKRA yang ketujuh, adakah ini bermakna Kementerian Hal Ehwal Pengguna akan digantikan atau sebahagian tugasnya akan diambil alih oleh NKRA?

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home