Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, August 18, 2011

Penguatkuasa perlu bersih & bereksan untuk mengawal harga barangan

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak supaya pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan benar-benar bersih, berkesan & adil di dalam penguatkuasaannya terhadap harga barangan terkawal.

Para peniaga haruslah mematuhi kepada harga barangan terkawal yang telah ditetapakan.

Pada 18.8.2011, Dr Tan mengulas kenyataan kementerian tersebut mengenai senarai harga siling 20 jenis barangan harga terkawal mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011.

Harga barangan adalah dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk harga dunia dan keberkesanan penguatkuasaan. Bagi musim tersebut, Kerajaan telah menentukan harga maksimum bagi 20 jenis barangan , misalnya daging lembu, kubis, tomato, kelapa biji dan bawang.

Kita berharap rakyat boleh menikmati harga barangan terkawal. Sambil merayu kepada para peniaga supaya menjaga kepentingan orang awam, semua pihak berkuasa termasuk kementerian itu mestilah memastikan penguatkuasaannya adalah bersih, berkesan dan adil.

Tan Seng Giaw


0 Comments:

Post a Comment

<< Home