Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, August 03, 2011

Apakah hakikat tentang kes Dawama?

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong menyeru supaya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin mengumumkan jumlah wang yang dibayar kepada Dawama Sdn Bhd, syarikat konsesi percetakan dan pemasaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak 2002. Apakah sebenarnya berlaku dengan syarikat itu?

Pada 3.8.2011 Dr Tan Seng Giaw memberi perhatian kepada kes syarikat konsesi Dawama yang mencetak buku teks di negara ini.

Syarikat yang mencetak dan memasar buku-buku teks merupakan satu misteri kepada saya. Tiba-tiba 400 kakitangan Dawama diberi cuti tanpa gaji.

Berita yang dikeluarkan mengenai buku teks, Dewama dan DBP adalah termasuk Kerajaan membayar RM100 juta kepada syarikat itu untuk tujuh tahun, syarikat itu terhutang banyak, Kementerian Pelajaran hendak mencari syarikat lain dan buku-buku teks untuk 2012 mungkin menimbul masalah.

Rakyat mengharapkan semua pihak mempunyai integriti. Syarikat konsesi mestilah benar-benar mampu mencetak dan memasarkan buku-buku teks cocok dengan amalan antarabangsa. Kita tidak mengetahui hakikatnya.

Kementerian Pelajaran melantik Dawama, membayar beratus juta ringgit kepadanya serta memantau prestasinya. Mengapa tujuh tahun kemudian baharulah hendak memberhenti kontrak perjanjian dan melantik sysrikat yang lain. Jika tahun perjanjian 2002 diambil kira, tempohnya sembilan tahun. Apakah kritieria perlantikan syarikat?

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Parlimen mengambil perhatian terhadap kes Dewama ini. Ketua Audit Negara haruslah menyiasatnya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin patut mengumumkan hakikat mengenai kes Dewama.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home