Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Wednesday, May 11, 2011

Kerajaan mestilah mempertingkatkan usaha untuk mengatasi masalah jerebu

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mendesak Kerajaan supaya mengadakan rundingan lanjutan dengan Kerajaan Indonesia untuk mencari langkah yang berkesan mengatasi jerebu di Malaysia serta memujuk Indonesia mengesahkan persetiaan jerebu tanpa sempadan ASEAN.

Menurut media, jerebu tahunan dari Sumatra, Riau dan Kalimantan mencemarkan udara. Indeks Pencemaran Utara (API) yang lebih 100 adalah tidak baik untuk kesihatan.

Pada 12.5.2011, Dr Tan mengulangi kenyataannya mengenai jerebu di Malaysia.

Beberapa tahun ini, Malaysia mengalami jerebu setiap tahun terutamanya pada bulan Mei dan Jun. Misalnya, hari ini API di Klang adalah lebih 100, Banting 96, Shah Alam 84 dan Bukit Rambai, Melaka, 82. Jabatan Alam Sekitar berpendapat bahawa puncanya ialah kebakaran di Sumatra dan Riau Tengah. Sesetengah orang Indonesia mengatakan bahawa ini tidak kena-mengena dengan Indonesia.Tetapi, ada petani membakar untuk repihan dan ada ladang membakar pokok tua untuk menjimat perbelanjaan.

Di persidangan ASEAN,perkara ini sering dibangkit. Misalnya, ASEAN Inter-Parliamentary Assembly, AIPA, pernah meluluskan resolusi terhadapnya. Kerajaan kerapkali mengumumkan persetujuan dengan Indonesia mengenai isu ini. Tetapi, jerebu wujud. Jawatankuasa Menangani Bencana Inodonesia-Malaysia dan Operasi Memadam Api Melintasi Sempadan menjadi berita. Masalah berterusan.

Pada tahun 2002, ASEAN meluluskan Persetiaan Jerebu Melintasi Sempadan untuk meningkatkan penyelarasan negara anggotanya menghadapi kebakaran hutan dan jerebu. Kita berharap Indonesia dapat mengesahkan persetiaan ini. Kita sama-sama mengatasi masalah ini.


Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home