Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Thursday, March 17, 2011

Laporan lengkap mengenai cadangan projek dua loji nuklear

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw mengucapkan takziah dan menyampaikan simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun terutamanya semua mangsa bencana dan keluarganya. Kita sokong usul YAB Perdana Menteri.

Laporan lengkap mengenai cadangan projek dua loji kuasa nuklear di Malaysia mestilah dibentangkan, agar orang awam dapat mentafahusnya kerana projek ini dikehendaki melalui penelitian yang rapi sebelum keputusan diambil. ekoran malapetaka nuklear Jepun yang sangat membimbangkan.

Pada 17.3.2011, Dr Tan mengambil bahagian di dalam perbahasan usul YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat untuk menyampaikan takziah dan simpati kepada Jepun yang ditimpa gempa bumi dan tsunami.

Pada 11.3.2011, Jepun telah dilanda gempa bumi bermagnitud 9 dan tsunami yang menyebabkan kehancuran banyak kawasan dan kehilangan beribu-ribu nyawa.

Malaysia mestilah menghantarkan pasukan penyelamat ke Jepun. Rakyat haruslah memberi sumbangan kepada negara itu. Nampaknya, pasukan-pasukan penyelamat dari Amerika Syarikat, China,United Kingdom dan lain-lain negara bekerjasama di Jepun.

Kita patut sentiasa peka kepada bahan-bahan radioaktif. Pada lapan dan sembilan puluhan bantahan berterusan berlaku di Bukit Merah, Perak, terhadap kilang Asian Rare Earth, sehingga kilang itu ditutupkan. Sinaran radioaktif masih wujud di kawasan itu. Sekarang, terdapat cadangan untuk mengadakan kilang rare earth (thorium) di Kuantan untuk memproses rare earth dari Australia. Tindakan tegas mestilah diambil untuk memperlindung kesihatan orang awam.

Bencana nuklear Jepun adalah lebih dasyat berbanding dengan kemalangan di Three Mile Island, Amerika Syarikat. Yang dikhuatirinya ialah empat loji kuasa nuklear di Fukushima Daiiichi tidak akan menjadi malapetaka seperti Chernobyl, Ukraine. Ketika dunia melihat kemungkinan meleburkan loji kuasa (meltdown) di Jepun, negara-negara yang mempunyai reaktor atau sedang membina reaktor baru seperti China & Taiwan, India, Jerman, Switzerland dan Thailand sedang mengikut dengan teliti perkembangan bencana tersebut di Jepun. Adakah Syarikat Tokyo Electric Power yang menguruskan empat reaktor di Fukushima memberi data keselamatan yang palsu?

Loji kuasa nuklear Fukushima sedang mengeluarkan sinar radiaktif. Adakah sinar ini sudah sampai ke sini? Menurut Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) Di Malaysia paras sinaran ada pada paras 0.17 uSv/jam dan had dedahan sinaran orang awam ialah 0.50uSv/jam. (uMv:microsievert). Sinaran radiasi yang tidak menjejaskan kesihatan manusia adalah tidak lebih dari 620 millirem atau 6,200 microseivert setahun.

Semua rakyat Malaysia di tujuh kawasan di Jepun mestilah dihubungi dan diberi pertolongan dan perlindungan yang tepat. ?9 ribu rakyat Malaysia.

Kerajaan Pusat sedang mengesyorkan projek dua reaktor di Malaysia. Laporan yang lengkap wajib diadakan mengenai projek ini termasuk implikasi dan konsekwensi bencana loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi. Kementerian Tenaga dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, ERMS, Lembaga Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia haruslah telus dan akauntabel mengenai data radiasi dan cadangan dua loji kuasa nuklear tersebut.

Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home