Lihat isu dengan Tan Seng Giaw

Monday, March 21, 2011

Kerajaan Pusat mestilah adil & munasabah dalam pengurusan Lesen Import Kenderaan (AP)

Timbalan Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melakukan adil dan munasabah di dalam pengagihan Lesen Import (AP) bagi kenderaan.

Menteri haruslah memantau tentang kecurangan yang disyaki berlaku dengan AP lalu mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pada 21.3.2011, Dr Tan menyoal di Dewan Rakyat mengenai AP dan dijawab oleh Mmenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri secara bertulis.


Menurut menteri tersebut, AP adalah dikategorikan keapada dua iaitu AP Terbuka dan AP Francais dan had bumbung bagi kedua-dua ketegori adalah berdasarkan 10% daripada jumlah pengeluaran kenderaan (TIV) tahun sebelumnya.

AP terbuka telah di beri kepada 98 syarikat untuk mengimport semua jenis kereta baru dan terpakai dari mana-mana sumber di luar negqara kecuali 20 jenama kereta baru yang dikenakan syarat sekatan import.


Kajian Semula Dasar Automotif Nasional pada 28 Oktober 2009 menetapkan bahawa tiada peruntukan AP terbuka dipertimbangkan kepada syarikat-syarikat baru.


AP Francais telah diberi kepada 24 syarikat hanya untuk mengimport kenderaan baru secara terus dari syarikat pengeluar di luar negara bagi jenama-jenama tertentu berdasarkan perjanjian Francais. Ketika ini, tidak ada jenama-jenama baru.

Saya membangkitkan soalan terhadap AP kerana sering menerima sungutan-rungutan darihal penyalahgunaan AP termasuk syarikat yang menjual AP kepada orang yang lain. Apakah wang terlibat di dalam jualan ini?

Pada 2010 jumlah AP yang dikeluarkan kepada syarikat-syarikat pemegang AP Terbuka dan AP Francais adalah 53,659 unit. Berapa unit ini benar-benar mengikut peraturan? Kementerian tersebut mestilah sentiasa mengambil perhatian dan memastikan tidak wujudnya penyelewengan.

Dr Tan Seng Giaw

0 Comments:

Post a Comment

<< Home